2021 Dan Malaysia Menuju Kehancuran

Read Time:1 Minute, 43 Second
2021 Dan Malaysia Menuju Kehancuran

WAN MUHAMMAD AZRI
Julai 15, 2021 15:38 MYT

THEFRONTMEDIA.CO – Banyak perkara berlaku dalam hidup saya bermula tahun ini. Banyak perkara yang membuka mata hati saya setelah melihat apa yang berlaku dengan lebih dalam terutama hal politik yang mana saya sedar bahawasanya negara ini semakin hari semakin hancur dek kerana politikus yang rakus gila kuasa tanpa mempedulikan masa depan rakyat dan negara ini.

Malaysia perlu dibina semula, bina dengan lebih kukuh agar rakyat dan negara ini tidak lagi dibebankan dengan siplis politik yang menjadikan rakyat mangsa.

Agent PPBM, Agent Tun Mahathir dan apa lagi agent yang sesuai dilabelkan kepada saya waktu ini? Pengkhianat? Apa lagi?

Saya tak peduli dengan semua label yang digelarkan kepada saya. Apa yang terpenting pada saya hari ini adalah masa depan negara ini yang perlu diselamatkan dan kita semua perlu menjayakan nya.

Ini bukan soal Kau UMNO Aku PKR atau apa parti sekalipun. Ini bukan soal ideologi politik kepartian yang taksubnya membabi buta. Ini juga bukan soal siapa perlu jadi Perdana Menteri. Tapi ini soal rakyat. Rakyat yang perlu melakukan perubahan demi negara ini.

Sebab itu sejak tahun lalu, saya kerap melontarkan cadangan agar MAGERAN perlu dilaksanakan bagi menghentikan segala perebutan kuasa politik dan memfokuskan kepada penyelesaian krisis yang melanda dan membina semula negara ini.

Kepada anda semua yang membaca apa yang saya lontarkan ini. Saya mohon untuk berfikir sejenak dan bayangkan apa yang berlaku kelak jika landskap masih sama seperti hari ini.

Kita perlu mengambil langkah berani melakukan perubahan total menyusun kembali landskap negara ini. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita jayakannya dan kuncinya adalah pada YDP Agong dan Majlis Raja Raja Melayu.

Semoga negara ini berjaya dibina semula dengan kekuatan yang lebih unggul dan memberikan manfaat buat rakyat khususnya generasi anak cucu cicit kita.

InsyaAllah.


WAN MUHAMMAD AZRI atau lebih dikenali sebagai Papagomo merupakan Presiden NGO Malaysia Bumiputera Brotherhood, sebuah Pertubuhan yang menjunjung semangat Nasionalisma Bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak.

Permulaan karier politiknya bermula 2013 sebagai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju sehinggalah terpilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2021.

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *