Ada Apa Dengan Nilai RM 100 Juta?

Read Time:1 Minute, 16 Second
Ada Apa Dengan Nilai RM 100 Juta?

TUN FIQA MOHAMMAD
November 19, 2021

Isu negara :
Hartal doktor kontrak

Tak selesai kerana kerajaan tak mampu serap doktor-doktor pelatih. Sudahnya doktor-doktor memilih untuk mogok sekali lagi bulan Disember dan mahu letak jawatan beramai-ramai.

Nilai 100 juta :
Boleh biaya seramai 2307 doktor setahun

Isu negara :
Makanan RMT pelajar golongan susah dihentikan

Kerajaan tidak mampu menampung perbelanjaan RMT. Anak orang susah ada yang semangat pergi sekolah kerana RMT sebab kat situ dapat MAKAN, kat rumah belum tentu ada makanan.

Nilai 100 juta :
Boleh biaya seramai 135,000 pelajar setahun

Pendek kata kerajaan serba serbi tak mampu when it comes to rakyat marhaen, tidak mampu tapi RM100 juta untuk Najib Razak mampu???? Hampa. Sangat hampa. Kita membela nasib rakyat susah atau membela bangsawan kaya? Sedang rakyat susah kehilangan punca pendapatan dan merangkak untuk membetulkan ekonomi masing-masing, kerajaan telah meluluskan 100 juta untuk Najib Razak!

Tidak malukah seorang Najib Razak? Sudahlah tidak menyenangkan, malah menyusahkan lagi negara! RM100 juta dari rakyat untuk membina ‘istana’ sendiri sedangkan kerugian 1MDB ditanggung anak cucu rakyat sehingga berpuluh tahun lagi.

Shame on this government too for putting bogus request of the rich before the needs of the people.

Saya jemput sahabat-sahabat doktor dan adik adik yang baru habis sekolah, sila tolak kerajaan ini sekiranya benar peruntukkan RM100 juta ini diluluskan dan akan datang pilih kerajaan baru yang tidak akan memberikan rumah RM100 juta kepada Najib Razak, sebaliknya memulangkan peruntukkan itu kepada RMT dan hartal doktor kontrak.

Siapa jaga rakyat? Mana ada siapa jaga. Jagalah diri sendiri.

0 1
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
80 %
Excited
Excited
20 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *