Ampun Tuanku, Mohon Perkenan Laksanakan ‘Political Re-set’ Perdana

Read Time:2 Minute, 30 Second
Ampun Tuanku, Mohon Perkenan Laksanakan ‘Political Re-set’ Perdana

DATUK DR HASAN MAD
Ogos 4, 2021 19:14 PM

THEFRONTMEDIA.CO – Tak perlulah diperdebatkan lagi. Hakikatnya budaya politik Malaysia sudah terlalu memualkan. Perangai sebahagian dari pemimpin lebih hodoh berbanding remaja berbaju hitam yang baru-baru ini berdemonstrasi jalanan atas tajaan puak-puak politik sarkas itu. Rakyat dah mual melihat ‘wakil’ mereka semakin tidak bertamadun.

Perikatan Nasional (PN) tiada majoriti untuk terus bertahan. Ia diparahkan lagi blok pembangkang turut dianggotai pakar dalam menjatuhkan pemimpin, berjaya menjatuhkan sesiapa saja Perdana Menteri, termasuk dirinya sendiri. Sampai kiamat pun kestabilan politik tidak akan dapat negara ini nikmati.

Inilah agaknya balasan kepada negara ini yang mengizinkan ramai mereka bersifat mazmumah memimpinnya. Ramai di antara mereka terpalit dosa rasuah dan salah guna kuasa. Malah puak-puak cauvinis dan anti nasional yang mencemari kesucian institusi khalifah pun turut dinobatkan sebagai ‘pemimpin’.

Genap 64 tahun negara berdaulat ini mencapai kemerdekaan, sebelum 31 Ogos 2021 ini Institusi Istana wajib bertindak menamatkan 64 tahun sistem berparlimen ini yang membenarkan ramai mereka yang terkeji itu terpilih dan bergelar pemimpin.

MPM dan banyak lagi pertubuhan sudah kemukakan pelbagai memorandum kepada pihak Istana mendesak Tuanku bertindak.

Sehingga kini masih belum ada tanda-tanda Majlis Raja-Raja Melayu akan bersidang, membuat keputusan mengambil tindakan menyelamatkan negara dan mengembalikan keyakinan rakyat.

Baginda sekalian pasti lebih maklum akan tahap kesabaran rakyat. Pastinya risikan Polis Diraja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara sentiasa update Tuanku sekalian akan tahap suhu kesabaran rakyat.

Yang pasti, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap institusi politik dan kepimpinan di negara ini. Yang pasti mereka bukanlah dalam kalangan khalifah yang bersedia menerima teguran jauh sekali untuk berubah.

Jika pun kerajaan PN berjaya ditumbangkan, siapa akan menggantikannya? Jika pun dikembalikan kerajaan Pakatan Harapan (PH), proses yang sama akan berlaku kerana pakar-pakar yang saya maksudkan masih ada dalam suasana politik masa kini.

Realitinya, negara ini perlu melakukan the great political re-set untuk menukar sistem pemilihan pemimpin. Istana dan rakyat wajib pastikan hanya mereka yang benar-benar bertamadun, bersifat mahmudah dan passionate menggalas amanah rakyat saja terpilih memimpin dan mentadbir negara ini untuk kembali makmur dan aman damai.

Mengadakan PRU15 bukan penyelesaian terbaik buat masa ini selagi sistem pemilihan pemimpin tidak diislahkan.

Hakikatnya, Malaysia sudah di kemuncak untuk melakukan political re-set perdana (the great political re-set).

Ampun Tuanku, mulakanlah langkah ini dengan melakukan satu proses political cooling off.

Ampun Tuanku, mohon sudi kiranya digantung Parlimen dan isytiharkan darurat keselamatan.

Dalam tempoh darurat ini Tuanku pimpinlah kerajaan interim mentadbir negara, mengeluarkan ia dari the dark ages yang melandanya, disebabkan wabak covid + kegawatan ekonomi + malapetaka politik.

Sebaik saja negara ini dapat dikeluarkan dari the dark ages itu kembalikanlah kepimpinan negara ini kepada para khalifah yang dipilih rakyat dan direstui Tuanku, berdasarkan sistem pemilihan demokrasi yang lebih bertamadun.

Sistem demokrasi dan pemilihan sedia ada boleh dikekalkan tetapi wajib diperketatkan dan diislahkan bagi memastikan tiada sesiapa yang bersifat mazmumah, cauvinis dan anti nasional layak bertanding merebut 222 kerusi Parlimen dan ditabalkan sebagai ‘Wakil Rakyat’.

Ampun Tuanku.


DATUK DR HASAN MAD ialah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *