Angkara Siapa Felda Rugi RM1.8 Bilion

Read Time:42 Second
Angkara Siapa Felda Rugi RM1.8 Bilion

A. KADIR JASIN
Disember 10, 2021

1. Siapakah yang paksa Felda beli saham ladang Eagle High Plantations di Indonesia daripada Peter Sondakh dengan harga sangat mahal?

2. Perjanjian jual beli yang dimeterai pada 23 Disember 2016. Harga belian 850 rupiah sesaham. Jumlah bayaran AS$505 juta (kira-kira RM2.3 bilion).

3. Pada 8 Disember, harganya hanya tinggal 80 rupiah. Jatuh 86 peratus daripada harga belian.

4. Ertinya Felda telah mengalami kerugian atas kertas AS$434 juta atau besamaan kira-kira RM1.8 bilion.

5. Nilai 37 peratus saham Eagle High yang dibeli dengan harga yang melebihi harga pasaran itu, sekarang tinggal 14 peratus saja.

6. Pada 9 April 2019, Pengarah Urusan Felda ketika itu, Othman Omar, telah membuat aduan polis mendakwa bahawa Felda telah ditipu dalam urusan itu oleh bekas Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak.

Wallahualam

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *