Banjir : ADUN Kuang Turun Padang, Tinjau & Buka 2 PPS

Read Time:41 Second
Banjir : ADUN Kuang Turun Padang, Tinjau & Buka 2 PPS

THEFRONTMEDIA NEWS TEAM
Disember 22, 2021

THEFRONTMEDIA.CO – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Sallehudin Amiruddin meluangkan masa untuk menziarahi beberapa mangsa yang terkesan akibat banjir kilat.

Menerusi perkongsian di media sosialnya sekitar jam 3 petang Rabu, Sallehudin sempat meninjau sendiri situasi banjir di beberapa kawasan rendah di Kuang yang dinaiki air susulan hujan yang berterusan.

“Hujan lebat subuh tadi menyebabkan sebahagian Kuang dilanda banjir kilat. Kawasan yang terjejas Kg Permata/Bumi Hijau, Kg Gombak, Kg Damai, Kg Setia, Taman Rahmat Jaya, Kg Melayu Seri kudang dan Kg Bunga Raya.

“Dua Pusat penempatan dibuka iaitu Dewan Kg Permata menempatkan 6 keluarga dan Dewan MPS Kg Melayu Seri Kundang menempatkan 5 Keluarga.

“Jabatan Meteorologi meramalkan hujan akan turun petang ini. Beberapa Jabatan sedang siapsiaga di Kuang sebagai persediaan menghadapi penurunan hujan petang ini,” katanya menerusi Facebook beliau.

 

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *