Banjir: Ini Soal Kemanusiaan, Nyawa yang tanggungjawabnya di atas Batu Jemala Pemerintah – Salleh Amiruddin

Read Time:1 Minute, 9 Second
Banjir: Ini Soal Kemanusiaan, Nyawa yang tanggungjawabnya di atas Batu Jemala Pemerintah – Salleh Amiruddin

SALLEHUDIN AMIRUDDIN
Disember 23, 2021

THEFRONTMEDIA.CO – Saya suka sebenarnya bila Menteri bodoh dan bangang yang dipertanggungjawabkan menjaga Agensi Bencana Negara.

Ini sebenarnya menyingkap sikap ketua “Keluarga Malaysia” yang memilih-milih dan mengutamakan politik dari rakyat.

Jika hari pertama bencana keadaan pengurusan huru hara, tak tersusun dan sebagainya itu kita boleh terima lah.

Tetapi bagaimana dengan hari kedua, ketiga dan seterusnya? Adakah pengurusannya masih huru hara atau bagaimana?

Sallehudin (tengah) meredah air banjir ketika meninjau situasi banjir di sekitar kawasan Kuang yang dinaiki air susulan hujan berterusan, kelmarin.

Ini bukan soal politik, ini adalah soal Kemanusian, soal nyawa yang tanggungjawabnya seratus peratus di atas batu jemala pemerintah.

Jika ini pun gagal dilaksanakan oleh kerajaan, maka Menteri wajib melepaskan jawatan, begitu juga ketua pengarah NADMA wajib melepaskan jawatan kerana gagal menjadi manusia yang wajib berbakti kepada rakyat.

Menteri dan Ketua Pengarah tidak perlu lagi bersoal jawab dalam sidang akhbar. Lepaskan saja jawatan kerana kegagalan ini melebarkan lagi kesengsaraan rakyat.

Saya mengucapkan Terima Kasih pada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin, yang menggadaikan nyawa keselamatan diri demi menghulurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di Selangor.

Anda semua adalah manusia yang hebat yang Allah titipkan hati nurani yang murni bagi Kemanusian sejagat.

* YB Sallehudin Amiruddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Frontmedia.

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
100 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *