Bengkel Filem Untuk Melawan : Gerakan Kesenian Untuk Hasilkan Filem Yang Melawan?

Read Time:2 Minute, 36 Second
Bengkel Filem Untuk Melawan : Gerakan Kesenian Untuk Hasilkan Filem Yang Melawan?

NAMRON
Julai 6, 2022

Selepas saya memuat naik hantaran mengenai BFUM dan mengadakan sesi bual bicara di Kuantan dengan kerjasama Pameran Seni Haram dan cikgu Zainal Rock Reggea pada 2 julai 2022, gerakan ini telah menerima sambutan menggalakkan.

Banyak pihak dan orang perseorangan telah menghubungi saya untuk berkerjasama menganjurkannya di tempat mereka. Setakat ini saya telah menerima pemintaan dari:-

Melaka – RabakLit saudara Izzat Amir

Negeri Sembilan – Nilai Gudang Seni saudara Saiful Zahairie Zainuddin

Perak – Ansonriot Teluk Intan saudara Daus Ex MakiHina/ Laman Karya Lumut saudara Otai Manjung

Perlis – Balik Bukit Chuping Laman Mandiri Saudara Arafat Hambali

Kelantan – Saudara Hocy Komrad Puteh

Sarawak – Saudara Taksu Zacharia

Kuala Lumpur – Klab Jiwa Asmara Saudara Han Zalini

Matlamat BFUM ini adalah untuk menggalakkan penghasilan filem yang bersifat indiependent dan gerilya tanpa menggunakan bajet. Hasilnya bukan untuk menjana keuntungan tetapi lebih kepada menjadikan filem untuk bersuara melawan ketidakadilan dan penindasan.

Klimaks dari penganjuran bengkel ini adalah penghasilan filem-filem pendek atau panjang yang bersifat indie dan melawan oleh peserta-peserta itu sendiri.

Bengkel ini berkonsepkan “Seed Bomb” dimana usaha pembikinan filem ini diusahakan sendiri oleh peserta bengkel. Pemantauan hanya dilakukan sekali sekala tanpa campur tangan dari saya.

Harapan saya akan lahir pengerak pengerak kesenian filem indie dan geriya yang akan mengepalai gerakan di akar umbi.

Kenapa saya mahu melakukan gerakan ini? Jangka hidup rakyat Malaysia adalah 70 tahun. Saya berkemungkinan hanya dapat hidup tak sampai 20 tahun lagi. Masa saya sudah terlalu pendek untuk memikirkan kemewahan hidup. Bagi saya sudah sampai masanya untuk saya “give back to society” sebelum “I say good bye to this world” dunia yang penuh kepuraan ini.

Hanya di Melaka sudah ada tarikh iaitu pada 30 & 31 Julai. Lain-lain tempat masih belum ada tarikh tapi jadi tetap jadi. Sesiapa yang berminat boleh hubungi nama-nama yang saya nyatakan di atas.

‘Road tour’ ini adalah melalui pembiayaan sendiri jadi saya juga perlu mencari duit minyak dan logistik sendiri sebelum menetapkan tarikhnya.

Kenapa tidak memohon dana atau bantuan dari agensi berkaitan? Saya sudah nyatakan BFUM adalah bersifat Indie dan bergerak secara gerilya yang sifatnya pasti radikal dan melawan. Dipayungi oleh agensi agensi pemerintah pasti akan dibayangi oleh tangan tangan mereka dan hilanglah sifat sifat indie, gerilya, radikal dan melawan itu.

Bagaimanapun jika ada pihak pihak persendirian yang mahu memberi bantuan logistik dan makan minum adalah dipersilakan hubungi saya atau nama nama pengajur di atas. Terima kasih.

Bila saya kata, Bengkel Filem Untuk Melawan adalah untuk hasilkan filem-filem yang melawan. Mungkin ada yang tertanya-tanya nak lawan apa? “Kita kan dah merdeka dan hidup kita dah selesa bukan hidup zaman penjajah”.

Baik biar saya jelaskan. Sebenarnya masih banyak yang kita boleh lawan antaranya ahli politik korup, kapitalis haloba, sistem menekan, agamawan pemecah ummah, penghasut kaum, minda yang terjajah, kemiskinan yang diwarisi 7 keturunan, undang undang buta, jiran yang dah pi haji seribu kali tapi jiran sebelah tak makan 3 hari dia pejam sebelah mata pun patut dilawan.

Sebenarnya banyak sekali kalau nak disebutkan satu persatu. Malahan keselesaan dalam hidup juga harus dilawan kerana itu musuh utama untuk kita berdiam walau ketidakadilan berlaku di depan mata.

Ayuh bangkit! Melawan dengan filem.

#BengkelFilemUntukMelawan
#BFUM

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *