Calon BN Fail Petisyen Mohon Batal Keputusan DUN Sungai Udang

Read Time:1 Minute, 29 Second
Calon BN Fail Petisyen Mohon Batal Keputusan DUN Sungai Udang

BERNAMA
Disember 28, 2021 10:54 MYT

KUALA LUMPUR : Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Dr Mohd Aleef Yusof daripada Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kerusi itu.

Mohamad Ali, 57, memfailkan petisyen itu pada 14 Dis lepas di Mahkamah Tinggi Melaka atas dakwaan terdapat unsur rasuah pada PRN di kawasan tersebut yang berlangsung pada 20 Nov lepas.

Beliau menamakan Mohd Aleef, 35, yang menang dengan majoriti 530 undi dalam pertembungan empat penjuru, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Sungai Udang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Menurut petisyen Mohamad Ali, Mohd Aleef sebelum ini adalah Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya sebelum dicalonkan oleh Bersatu untuk bertanding di Sungai Udang.

Mohamad Ali mendakwa Mohd Aleef tidak pernah dipilih sebagai ADUN dan tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya untuk bahagian itu dan bergantung kepada Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz untuk memperkenal beliau kepada pemilih atau pengundi.

Ikmal Hisham adalah bekas ahli UMNO yang menyertai Bersatu selepas BN tewas kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau telah meletakkan jawatan dalam UMNO sebelum menyertai Bersatu pada 2019.

Mohamad Ali mendakwa Mohd Aleef telah melakukan amalan rasuah pada pilihan raya itu seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 32(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dakwanya Mohd Aleef dan Ikmal Hisham memberikan hadiah dalam bentuk tunai atau barangan bernilai untuk mengubah keputusan pilihan raya bagi kawasan itu.

Beliau memohon perisytiharan bahawa Mohd Aleef tidak dipilih dengan sewajarnya dan PRN di kawasan itu adalah terbatal serta perintah atau relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mahkamah Tinggi Melaka menetapkan 30 Dis ini bagi pengurusan kes.

— BERNAMA

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *