Chong Wei bangga jadi anak Malaysia

Read Time:1 Minute, 48 Second
Chong Wei bangga jadi anak Malaysia

September 16, 2021 19:27 PM

THEFRONTMEDIA.CO – Ikon sukan negara, Datuk Lee Chong Wei menyatakan beliau sering berasa bangga jika bercerita mengenai negara kelahirannya Malaysia.

Baginya, Malaysia sebuah negara aman, lokasi terbaik dan bebas daripada bencana alam, mempunyai cuaca baik sepanjang tahun serta memiliki rakyat berbilang kaum yang ramah mesra serta berbudi bahasa.

“Selamat Hari Malaysia, anak-anak Malaysia. Tak pernah tak bangga bercerita yang saya ini anak Malaysia. Kalau adanya next life atau hidup semula selepas akhirat, harap dilahirkan di tanah air yang indah ini juga.

“Lokasi mantap, bebas daripada bencana alam dan malapetaka. Cuaca elok sepanjang tahun dengan adanya sumber semula jadi. Matahari, hidro, angin, petroleum, gas, kelapa sawit, timah, emas, arang dan lain-lain lagi.

“Selat Melaka pun kita punya. Rakyat berbilang kaum beramah mesra berbudi bahasa. Makanan enak macam-macam ada. Gunung dan lautan semuanya lawa-lawa. Hari cuti paling banyak dan disambut bersama-sama. Malaysia sememangnya negara paling best dan masyuk sekali sepatutnya,” tulisnya dalam status terbaharu sempena Hari Malaysia di media sosial.

Chong Wei, 38, bekas pemain badminton nombor satu dunia, bagaimanapun menyedari tahun 2020 dan 2021 sedikit menjejaskan berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini dan seluruh dunia.

“Tahun 2020 dan 2021 memang tak senang. Tetapi waktu yang paling teruk sudah berlalu. Saya yakin kita akan menang melawan Covid-19 tak lama lagi.

“Sememangnya Covid-19 tidak dapat dihapuskan, tetapi dengan usaha program vaksin negara, jelas nampak ia berhasil. Cahaya di hujung terowong semakin jelas kelihatan!

“Chong Wei sayang betul dengan negara kita Malaysia. Sempena Hari Malaysia tahun ini, jom sama-sama kita menghayati negara kita dengan tukar sikit soalan dalam hati anda daripada “apakah yang boleh negara lakukan demi saya?” kepada “apakah yang boleh saya lakukan demi negara?,” tulisnya.

Chong Wei mengharumkan nama negara dalam sukan badminton apabila meraih pingat perak perseorangan lelaki pada tiga temasya Sukan Olimpik berturut-turut di Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Beliau yang bersara pada 13 Jun 2019, mengumpul 69 kejuaraan sepanjang 19 tahun pembabitannya sejak 2000. Bagaimanapun Chong Wei kempunan untuk bergelar juara dunia apabila hanya mampu muncul naib juara tiga kali pada 2011 (London), 2013 (Guangzhou) dan 2015 (Jakarta).

Harian Metro

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *