DAP dan Amanah tolak sebarang perjanjian dan cubaan kerjasama dengan Hamzah Zainuddin

Read Time:1 Minute, 22 Second
DAP dan Amanah tolak sebarang perjanjian dan cubaan kerjasama dengan Hamzah Zainuddin

BERITA | POLITIK

thefrontmedia.com || 29 Jun 2020

KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa mereka akan menolak sebarang perjanjian atau percubaan untuk membuat perjanjian dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin selepas pemimpin itu dilaporkan bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu juga menegaskan bahawa sebarang usaha untuk merebut kembali Putrajaya mesti merangkumi anggota parti asal gabungan itu, termasuk kem Dr Mahathir Mohamad dan Warisan.

“Sebarang perkiraan yang melibatkan Hamzah, tetapi mengesampingkan Warisan dan kumpulan Dr Mahathir adalah tidak boleh diterima dan tidak berasaskan prinsip.

“Adalah penting bagi parti-parti Pakatan Harapan Plus untuk mencapai kesefahaman tentang siapakah musuh sebenar. DAP dan Amanah berpegang bahawa Warisan dan kumpulan Dr Mahathir dalam Bersatu bukanlah musuh.

“Sebaliknya mereka adalah sekutu dalam perjuangan menentang gabungan kleptokratik Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut kedua parti itu sebaliknya berpandangan bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hamzah Zainuddin yang merupakan dalang Langkah Sheraton.

“Justeru itu, tidak boleh ada sebarang rundingan pembentukan kuasa dengan kumpulan pemimpin ini.

“Pada asasnya, kami ingin supaya rakan-rakan mengetahui siapa sebenarnya kawan dan lawan dan kegagalan membezakan antara kawan dan lawan akan membawa kita ke arah kehancuran yang tidak terbendung,” jelas kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub dan Naib Pengerusi DAP, S Kula Segaran.

Sebelum ini terdapat desas-desus kerjasama politik apabila Hamzah Zainuddin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama di Sabah.

Pertemuan itu diakui oleh kedua pemimpin tersebut, namun mereka menafikan berlaku sebarang kerjasama atau perjanjian.

 

1 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *