Gila Kuasa Adalah Satu Penyakit Di Akhir Zaman

Read Time:1 Minute, 16 Second
Gila Kuasa Adalah Satu Penyakit Di Akhir Zaman

ESKATOLOGI OFFICIAL IG
Ogos 5, 2021 02:37 AM

1. Dua orang lelaki pernah bertemu Rasulullah lalu meminta daripada Baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rasulullah menegur mereka dgn berkata…“Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh mendapatkannya.” (HR al-Bukhari)

2. Seorang tokoh sufi yang terkenal pernah berpesan bahawa sifat gilakan kuasa ini akan merosakkan peribadi seseorang. Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad..“ Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akn terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”

3. Malah Abu Daud al-Sijistani melihat sifat ini sebagai salah satu daripada penyakit atau menggelarkannya sebagai syahwat yang tersembunyi. Beliau pernah ditanya tentang nafsu atau syahwat yang tersembunyi ini..“Abu Daud pernah ditanya berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan nafsu syahwat yang tersembunyai ini? Lalu dia berkata: (mereka yang) cintakan kuasa…

4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau…“Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran.”

Oleh itu, berhati-hatilah dengan mereka yang terkena penyakit ini. Kecintaan terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat… Amat sukar mencari pemimpin yang bangkit mengutamakan rakyat dari diri sendiri…

Semoga Allah swt membimbing kita.

Sumber : Eskatologi Official IG

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *