Islam Halalkan Rasuah? : ‘Bertaubatlah Sebelum Terlambat’ – Tamrin

Read Time:4 Minute, 33 Second
Islam Halalkan Rasuah? : ‘Bertaubatlah Sebelum Terlambat’ – Tamrin

TAMRIN TUN GHAFAR
Oktober 11, 2021 12:45 PM

Jika apa yang diperkatakan Hadi itu benar, “Islam Membenarkan Rasuah”, maka benarlah kata bekas Perdana Menteri yang GAGAL bahawa PAS bukan lagi Parti Islam Se-Malaysia tapi PAS sudah jadi Parti Ajaran Sesat.

‘BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT’.

Oleh kerana gambaran yang diberikan seolah-olah Hadilah Pemimpin Agung Islam namun kini sejak memimpin PAS, Islam dinegara ini tercemar, dimomok dan diejek oleh bukan Islam – lagi pun mereka pun tahu ketika memperkenal dan mengembangkan Islam dahulu, Rasulullah TIDAK PUN menggunakan Parti Islam bagi tujuan tersebut.

Mereka faham dan hormat Islam yang dibawa oleh Nabi Besar kita namun pada mereka Islam yang dipimpin Hadi tak ubah seperti seekor SESUMPAH yang bertukar warna mengikut kesusaian dan keperluan semasa.

Mengikut Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS, Hadi KERAP berjumpa Rasulullah dalam mimpi BAGI MENDAPAT ARAHAN menjelang Piliharaya Umum yang lepas tetapi selepas Pilihanraya tersebut isu ini TIDAK lagi timbul.

Memang benar apa yang dikatakan :

IKAN ITU BUSUK BERMULA DARI KEPALA-NYA

namun dalam hal ini kita tidak perlu salahkan pengikut – pengikut yang masih percaya dengan beliau.

Ahli – ahli PAS telah di TARBIAHKAN dari awal lagi agar ‘WALAK’ atau akur dan taat kepada Ulil Amri atau pemimpin mereka TANPA dibenarkan menyoal ; dalam bahasa mudah yang senang difahami mereka ini :

LURUS BENDUL

Saya kesian melihat mereka tak ubah seperti :

LEMBU CUCUK HIDUNG

Kadang – kadang saya lihat mereka seperti :

KATAK BAWAH TEMPURUNG

Mereka TERKONGKONG, ibarat orang Semenda :

DI PANGGIL DIA DATANG
DI SURUH DIA PERGI

Mereka TIDAK DI PERJELASKAN apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘Taat Kepada Ulil Amri’ atau Pemimpin ; yang mereka diajar, sesiapa yang tidak patuh pada pemimpin dan Parti pasti TIDAK AKAN DAPAT CIUM PINTU SYURGA.

‘Ulil Amri atau Pemimpin’ yang dimaksudkan ialah mereka yang BERSIH DAN PATUH kepada SEMUA perintah ALLAH SWT, bukan bersembunyi di sebalik rekaan ‘Fatwa atau Dalil’ ‘POLITIK MATANG’, bagi menangguhkan pelaksanaan dan sebagainya.

Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS lain JANGAN BERDOLAK DALIH kononnya belum punyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan sejak penubuhannya dalam tahun 1951

SEBENARNYA HADI MASIH MENGIDAM JAWATAN PERDANA MENTERI

Caranya MUDAH ; bekerjasama dengan musuh utamanya, UMNO melalui Muafakat Nasional ( MN ) dan dengan BERSATU melalui Pakatan Nasional ( PN ) dengan harapan kedua-dua Parti Melayu itu AKAN MENYOKONG semua calon-calon PAS ; sebaliknya PAS akan ‘chaketing’ atau ‘sabotaj’ calon-calon UMNO dan BERSATU,  justeru PAS AKAN DAPAT Kerusi Parlimen terbanyak, maka Hadi akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri.

Kalau dahulu Idris Ahmad, Naib Presiden PAS pernah memberi jaminan PAS hanya perlu 5 hari sahaja BUKAN 5 tahun untuk membuat perubahan, kini setelah dilantik sebagai Menteri bertanggung jawab Hal Ehwal Agama Islam, dan dibantu oleh Timbalan Menteri dari parti yang sama, ALLAH SWT sedang MELIHAT samada apa yang diperjuangkan akan dilaksanakan.

Selain dari jawatan-jawatan Pengurusi GLC untuk 12 orang Ahli Parlimen mereka, Hadi pula dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah BERTARAF Menteri yang TIDAK DI TERIMA oleh sebahagian besar negara-negara Islam di sana.

Kalau dulu mereka MENYALAK kerana Kerajaan TIDAK melulus dan melaksanakan Hukum Hudud atau RUU 355 , TIDAK menutup kilang arak dan TIDAK mengharamkan kedai-kedai judi TERMASUK menutup Kasino Genting, kalau dulu mereka menuntut semua pramugari tutup aurat dan kalau dulu mereka ‘champion’ kes Adib tapi kini mereka SENYAP seribu bahasa, tak ubah seperti :

TIKUS JATUH KE BERAS

Mereka BISU apabila Kerajaan umum kes Adib di tutup, begitu juga cabutan judi dinaikkan semula dari 8 kali setahun ke 22 kali setahun ; sedangkan Kerajaan PH bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir melalui Menteri Kewangan dari Parti ‘Komunis’ DAP Lim Guan Eng yang MENGURANGKAN jumlah cabutan judi tersebut – didalm isu ini siapa yang lebih Islam, Komunis DAP atau Islam PAS?

Jika seorang Menteri MCA pun boleh bertindak tegas bagi masyarakat Cina inikan pula 18 Ahli Parlimen PAS – apakah mereka ini sememangnya BODOH atau BUTA dan TAK TAHU menggunakan KUASA yang di beri ALLAH SWT

SURAH AL – SAFFAT, Mukasurat 447, Ayat 28 :

“Sesungguhnya pengikut-pengikut mereka berkata kepada pemimpin mereka “Kamulah yang datang kepada kami dengan membawa tipu muslihat yang memikat hati”

SURAH IBRAHIM, Mukasurat 258, Ayat 21 :

“Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan kami daripada azab ALLAH (walaupun) sedikit sahaja?” “Mereka menjawab “Sekiranya ALLAH memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami memberi petunjuk kepadamu. Sama sahaja bagi kita. Kita tidak mempunyi tempat untuk melarikan diri”

SURAH AL – ANAM, Mukasurat 136, Ayat 70 :

“Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan gurau senda, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan al- Quran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka kerana perbuatannya sendiri”

Mulai sekarang rakyat TIDAK PERLU LAGI KRITIK kalau pemimpin atau pegawai kerajaan melakukan rasuah kerana mengikut Hadi dan PAS, Islam menghalalkan perbuatan terkutuk itu.

HADI BUKAN TOK GURU NIK AZIZ ATAU FADZIL NOOR – SEBAHAGIAN PEMIMPIN PAS KINI HANYA PENTINGKAN JAWATAN DAN KEBENDAAN DUNIA.

Dengan sikap Hadi, Menteri , Timbalan Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen PAS yang lain maka TIDAK MUSTAHIL mereka juga akan menerima tawaran untuk jawatan sama jika pun tawaran tersebut datangnya dari Anwar Ibrahim, Mat Sabu mahupun dari Lim Guan Eng ; Hadi AKAN keluarkan Fatwa atau Dalil baru bagi MENGHALALKAN tindakan tersebut.

Yang MENJADI PERSOALAN PENTING mengapa Agong sebagai Ketua Agama Islam, Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri, Majlis Fatwa dan Mufti – Mufti BERDIAM DIRI, TIDAK ada sepatah teguran dan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa pun diambil terhadap mereka yang menyalahguna dan memutarbelit Al Quran dan Hadith sehingga membuatkan rakyat khasnya umat Islam ‘CONFUSED’

Apakah Agong dan Raja – Raja sudah lupa atau tutup telinga dan mulut SUMPAH yang dilafazkan mereka dulu?

 

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *