BUTA SEJARAH : Kenapa Pucuk Pimpinan UMNO Era Zahid Hamidi Nak Mainkan Semula Isu Pulau Batu Putih?

Read Time:5 Minute, 57 Second
BUTA SEJARAH : Kenapa Pucuk Pimpinan UMNO Era Zahid Hamidi Nak Mainkan Semula Isu Pulau Batu Putih?

NASIONALIS MELAYU MUDA
Oktober 11, 2021 15:39 PM

THEFRONTMEDIA.CO – Sebelum kita ‘jump into conclusions’ dengan ayat-ayat cliche. Maaf cakaplah, untuk tajuk ini kami nak beritahu kepada pucuk pimpinan UMNO bahawa :

Ini strategi politik lapuk! PEMALAS.

Nak berpolitik dan berperang biar ‘gentleman’.

Kami Nasionalis Melayu Muda (bukan nama sebenar) sekarang ini nak fokus bina semula negara kami. Negara ini dah hancur dah korang kerjakan. RAKUS!

Masa depan negara ini terletak dibahu kami. Kami pun ada tanggungjawab untuk jaga kedaulatan negara ini juga. Itu hak kami.

Dalam konteks Nasionalisme Melayu, penyatuan Melayu perlu kami gerakkan. Kami umat Melayu yang tiada PhD lagi merendah diri ini tidak mahu bangsa kami kelihatan seperti tiada didikan agama dan bodoh hanya disebabkan tindakan segelintir politikus Melayu yang ada PhD, tapi tamak haloba dan pemalas buat homework!

Keputusan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakub menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji opsyen yang sesuai berhubung kes Pulau Batu Putih pada mata kami adalah satu cubaan untuk membazirkan wang rakyat.

Seperti kita ketahui, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah wilayah berdaulat Singapura.

Pada Februari 2017, Peguam Negara mengemukakan permohonan untuk semakan penghakiman tersebut dengan alasan penemuan bukti baru. Tarikh pendengaran untuk semakan ditetapkan pada 11 Jun 2018.

Setelah Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi perdana menteri ke 7, kerajaan PH telah memutus untuk tidak meneruskan semakan keputusan tersebut.

UMNO cuba menunjukkan kepada umum, keputusan kerajaan Pakatan Hancing telah menyebabkan Malaysia kehilangan milikan Pulau Batu Putih untuk selama-lamanya?

Bodoh, buta sejarah!

Kenapa kerajaan PH memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding semakan di ICJ?

Alang-alang korang dah cium mulut dan semburit bersama PH, kenapa tak bertanya terus sahaja dengan Ketua Pembangkang yang merangkap guru politik kepada presiden ‘caretaker’ UMNO?

Seriously ke, korang tak tahu kenapa?

Tak perlu cakap di Parlimen. Nanti…

“Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka.”

RINGGIT KASORRGA 

Biar kami orang muda yang tiada PhD macam korang ni jelaskan. Tapi sebelum itu, kami kena beritahu dulu satu perkara yang dah lama terbuku di hati….

PN, BN atau PH… korang semua sama sahaja dimata kami. Politikus haprak! Itu yang pertama.

Yang kedua, jangan ingat kami orang muda yang tak ada PhD ni buta sejarah dan buta Politik. Mungkin ada lah sebilangan generasi kami yang mudah terpengaruh dengan dakyah politik sempit korang tapi BUKAN semua anak-anak Melayu boleh diperbodohkan!

Kenapa Mahkamah Keadilan Antarabangsa di dalam penghakimannya pada tahun 2008 telah memberikan hak pemilikan Pulau Batu Putih kepada Singapura?

Tak perlulah cuba-cuba nak alih perhatian Rakyat. Ini bukan macam isu Pulau Pinang yang jelas milik Kedah.

Sebelum itu, cuba fikir mengapa di dalam penghakiman tersebut dinyatakan sekali dengan jelas keputusan ICJ adalah MUKTAMAD dan TIDAK BOLEH DI RAYU, melainkan dalam tempoh 10 tahun selepas penghakiman di buat, Malaysia mempunyai BUKTI BARU bagi membuktikan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih.

Persoalannya, ada bukti baru tak?  Jawapannya… TIDAK ADA.

Apakah bukti baru yang diperlukan?

Tersebutlah kisah tentang seorang peguam dari Jabatan Peguam Negara yang diamanah dan di pertanggungjawabkan untuk memperjuangkan hak Malaysia ke atas Pulau Batu Putih di ICJ iaitu Apandi Ali, nama diberi….

Di dalam perbicaraan di ICJ pada tahun 2008, Malaysia mendakwa bahawa pada tahun 1844 Gabenor Negeri Selat ketika itu William Butterworth telah menulis surat kepada Sultan dan Temenggong Johor meminta kebenaran untuk membina rumah api di Pulau Batu Putih. Surat yang dijadikan sebagai bukti yang British mengiktiraf pemilikan Johor ke atas Pulau Batu Putih.

Bagaimana pun Malaysia tidak mempunyai salinan surat Gabenor Butterworth tersebut. Dan tidak mengetahui isi kandungannya.

Yang ada di dalam simpanan Malaysia ketika itu cumalah salinan terjemahan di dalam bahasa Inggeris surat jawapan balas Sultan Johor bertarikh 25/11/1845 kepada surat Gabenor Butterworth.

Surat itu berbunyi;

“Saya telah menerima surat sahabat saya dan sebagai balasan saya ingin memaklumkan sahabat saya yang saya memahami kehendaknya dan saya teramat gembira dengan apa yang di maksudkan di mana ianya (rumah api) akan membolehkan pedagang dan yang lain untuk masuk dan keluar dari pelabuhan dengan lebih keyakinan…”

Tiga hari setelah menerima surat jawapan Sultan Johor tersebut Gabenor Butterworth pada 28/11/1844 telah menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan British di India mencadangkan supaya rumah api Horsburgh di bina di Pulau Batu Putih (di kenali sebagai Peak Rock ketika itu). Dan surat tersebut antara lain menyebut….

“Pulau ini adalah jajahan Raja Johor di mana Baginda bersama Temenggong Johor telah dengan sukarela dan berbesar hati melepaskan nya kepada Syarikat Hindia Timur.”

Dalam isu ini, politikus keparat tolonglah beringat… sikap retorik, munafik dan pemalas korang untuk mengkaji lebih awal tu secara tidak langsung, seolah-olah mahu menampakkan yang nenek moyang Raja-Raja Melayu ketika itu buat palat.

Sila buka buku sejarah kalau BUTA SEJARAH!

Pada tahun 1824 Sultan Johor, Sultan Hussein Shah dan Temenggung Abdul Rahman telah menjual Singapura kepada Syarikat British India melalui Perjanjian Crawfurd.

Sultan Johor di bayar tunai 33,200 Spanish Dollars beserta elaun bulanan sebanyak 1300 Spanish Dollar seumur hidup.

Manakala Temenggong pula di bayar elaun bulanan sebanyak 700 Spanish Dollars beserta bayaran tunai 26,800 Spanish dollars.

Dalam surat jawapan balas Sultan Johor tersebut tidak menjelaskan pun samada Gabenor Butterworth di dalam surat beliau meminta kebenaran atau hanya sekadar memaklumkan tentang pembinaan rumah api tersebut kepada Sultan Johor.

Berbanding isi kandungan surat Gabenor Butterworth kepada Setiausaha Kerajaan British di India di mana beliau dengan jelas memperingatkan bahawa Sultan Johor dan Temenggung telah menyerahkan hak milik Pulau Batu Putih kepada Syarikat Hindia Timur (melalui Perjanjian Crawford 1824)

Persoalannya, Peguam Negara ada BUKTI BARU atau TIDAK ketika mengemukakan permohonan semakan kepada ICJ pada tahun 2017?

Jawapannya, TAK ADA. Yang si mangkuk tu ada hanyalah beberapa dokumen laporan insiden laut berdekatan Pulau Batu Putih pada tahun 50 an dan 60 an yang langsung tidak relevan dan tidak kuat untuk menyokong permohonan Malaysia.

Kalau dah tahu tak ada surat salinan Gabenor Butterworth kenapa Peguam Negara masih NAK kemukakan permohonan pada ICJ?

Saja suka-suka nak malukan nama Malaysia? atau memang niat nak bagi bangsa Melayu ni nampak bodoh seantero dunia?

Sebab itulah Master Yoda (Tun Mahathir) mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan penghakiman yang dikemukakan oleh Apandi Ali !!

Jaga air muka bangsa dan dalam masa sama, jaga air muka keturunan Raja Johor dan cucu cicit Temenggong Abdul Rahman yang sekarang ini bertakhta sebagai Sultan Johor.

Tak kisah lah apa pun karenah dan masalah antara Rakyat Melayu dan Raja-Raja Melayu, itu kita sembang dalam topik yang lain. Sekarang ini…

Siapa lagi yang nak jaga maruah Raja Melayu kalau bukan kita sendiri, Bangsa Melayu.

Dan bukan tugas kita jadi ‘Malaikat Suci’ untuk menghakimi tindakan Raja Johor yang berdaulat ketika itu. Lagi pun, itu tanah jajahan takluk mereka.

Layakkah cucu cicit mereka dipersalahkan atas keputusan yang dibuat oleh nenek moyang mereka?

Pemimpin politik lahanat UMNO yang buta sejarah ni semua sepatutnya gunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah BUKAN menambahkan lagi masalah yang sedia ada.

Kesimpulannya, siapakah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan di atas kegagalan Malaysia mempertahankan Pulau Batu Putih?

Pak Lah Perdana Menteri ketika itu (2008) dan barisan kabinetnya termasuklah Najib dan Zahid Hamidi kerana terlalui mempercayai Apandi Ali untuk memperjuangkan hak Malaysia ke atas Pulau Batu Putih di ICJ.

Sekian!

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi Thefrontmedia.com

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *