Krisis perlembagaan Australia 1975 : Penyingkiran Whitlam

Read Time:1 Minute, 46 Second
Krisis perlembagaan Australia 1975 : Penyingkiran Whitlam

MAHATHIR MOHAMAD
Ogos 2, 2021 03:25 AM

1. Terdapat satu insiden di Australia dimana seorang Perdana Menteri telah disingkirkan oleh Gabenor Jeneral.
(Baca di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/1975_Australian_constitutional_crisis#Deadlock)

2. Dibawah ini saya petik berkenaan insiden tersebut:

“Tugas pertama kerajaan, bahkan kerajaan reformasi, adalah untuk memerintah dengan baik. Kerajaan Whitlam (Perdana Menteri Gough Whitlam) adalah kerajaan yang cuai dan tidak berdisiplin. Whitlam sendiri begitu komited terhadap polisi dan mandatnya sehingga dia enggan untuk menukar laluan apabila Australia bersama-sama seluruh dunia telah memasuki kemelesetan ekonomi pada tahun 1974. Dia berterusan membelanjakan banyak duit untuk program reformasinya dimana ketika itu dia sepatutnya mengurangkan perbelanjaan.

Kesilapan terbesar kerajaan adalah menyertai skim yang meragukan untuk mendapatkan pinjaman besar dari luar negara sehinggakan negara dapat menjadi pemilik sumber mineral dan sumber gas. Kerajaan berpura-pura dengan mengatakan bahawa ini adalah pinjaman untuk “tujuan sementara”, oleh sebab itu mereka tidak perlu memberitahu sesiapa pun tentang hal itu.”

Malcolm Fraser

3. Apabila hal ini telah diketahui, pemimpin liberal Malcolm Fraser berkata bahawa kerajaan ini sangat jahat dan telah merosakkan Australia dimana dia akan memaksa keatas rakyatnya.

4. Whitlam mengisytiharkan bahawa dia tidak akan berundur dan mengadakan pilihan raya.

Sir John Kerr dan Gough Whitlam

5. Whitlam berulang kali mengatakan bahawa Gabenor Jeneral hanya akan bertindak atas nasihatnya. Pada waktu biasa itu benar. Tetapi pada masa krisis, seorang Gabenor Jeneral mempunyai kuasa khas. Kerr (Gabenor Jeneral Sir John Kerr) mula berfikir bahawa dia harus menggunakan kuasa itu.

6. Jadi, Kerr bertindak dalam diam tanpa beri sebarang amaran, pada 11 November 1975, dia melucutkan Whitlam sebagai Perdana Menteri, melantik Fraser sebagai Perdana Menteri sementara.

Sir Garfield Barwick

7. Setelah Kerr memutuskan untuk memecat Whitlam, dia telah merujuk pada Sir Garfield Barwick (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi) untuk mengetahui apakah dia telah melakukan hal yang betul. Barwick mengatakan bahawa dia telah melakukan hal yang betul.


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD ialah Ahli Parlimen Langkawi dan merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4 & 7

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *