Mata Wang Crypto: Iklan-iklan itu palsu — Tun M

Read Time:1 Minute, 15 Second
Mata Wang Crypto:  Iklan-iklan itu palsu — Tun M

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
November 3, 2021

1. Saya tidak mengguna mata wang crypto. Saya juga tidak galak orang mengguna tersebut. Saya pegang kepada fiat money atau mata wang fiat, atau wang fizikal.

2. Jika ada promosi dalam iklan atau laman web yang kononnya saya galak kegunaan mata wang crypto, ianya palsu.

3. Pejabat saya sebelum ini ada buat laporan terhadap iklan jenis ini yang kononnya saya melabur dan menggalak kegunaan crypto currency ini.

4. Iklan-iklan itu palsu. Saya difahamkan ada yang terpedaya. Sesetengah iklan itu seolah-olah disiar media tempatan.

5. Saya difahamkan media tempatan juga sudah dimaklum dan mereka sudah buat laporan kepada pihak berkuasa.

6. Pihak awam perlu maklum bahawa perkara seperti ini tidak mudah ditangani kerana pelbagai laman web dan iklan palsu dapat dibangun dengan cepat.

7. Tutup satu, timbul sepuluh.

8. Penipuan dan pemalsuan mengguna nama saya berlaku sebelum zaman media sosial dan internet lagi. Dari dulu juga ada yang terpedaya dengan promosi palsu peluang niaga yang kononnya libatkan diri saya.

9. Ada laporan dibuat dan tindakan diambil. Ada yang tidak. Sesiapa yang sangsi, boleh periksa dengan pejabat saya. Saya tidak pernah dan tak akan terlibat dengan apa-apa skim cepat kaya.

10. Selain itu ada yang percaya laporan palsu yang saya ada kekayaan berbilion.

11. Semasa dalam Kerajaan saya dah isytihar harta. Kalau ada yang masih nak percaya saya ada kekayaan berbilion, terpulanglah.

12. Yang nyata manusia bermacam ragam. Ada yang cerdik, ada yang kurang. Ada juga yang pandai tak terikut.

 

1 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
100 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *