Meningkatkan Kecekapan Sistem Pengurusan Teknikal Kerajaan Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI)

Read Time:1 Minute, 15 Second
Meningkatkan Kecekapan Sistem Pengurusan Teknikal Kerajaan Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI)

THEFRONTMEDIA NEWS TEAM
November 11, 2021 16:34 PM

KUANG, Selangor – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Sallehudin Amiruddin menekankan agar agensi seperti JKR menggunakan Artificial Intelligence Dan Big Data dalam pengurusan Jalanraya, Saliran dan Utiliti mapping yang hari ini menjadi penghalang kerana tidak disepadukan dibawah satu sistem yang berpusat.

Beliau menyatakan pandangannya itu, pagi ini sewaktu mengadakan sessi lawatan dan perbincangan dengan pegawai JKR Gombak dan Infra Selangor berkaitan sistem saliran di Laluan B25 yang merentang dan laluan masuk utama ke Kuang.

“Dalam sessi perbincangan, saya mengutarakan agar JKR atau Infra Selangor menggunakan teknologi bagi meningkatkan kecekapan pengurusan Infrastruktur terutama di Negeri Selangor yang pesat membangun.

“Saya mengambil contoh bagaimana kontrak menaiktaraf Persimpangan Jalan Melati/Kundang yang gagal dilaksanakan mengikut jangkamasa yang ditetapkan dan akhirnya siap setelah diberi lanjutan masa selama 12 bulan.

Sallehudin turut menyarankan agar JKR sebagai agensi sokongan teknikal yang telah begitu lama wujud menyediakan data harga atau Jadual kadar harga kontrak pembinaan dan penyelenggaraan asset kerajaan yang boleh di standardise dan diguna pakai oleh semua agensi di Selangor sebagai persediaan dan rujukan penentuan kos sesuatu projek.

“Saya berpandangan penggunaan standard Schedule of Rate ini dapat membantu mengurangkan birokrasi dan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek.

“Artificial Intelligence (AI) juga boleh membantu semua agensi terutama Pihak Berkuasa Tempatan dalam menilai dan melulusan Kebenaran Merancang (KM) dalam sesuatu pembangunan kawasan.” katanya.

Mengulas lanjut, agensi kerajaan harus bebas dari tekanan persepsi rasuah, kroni dan kartel didalam jabatan masing-masing.

Dan jalan keluar bagi persepsi hanyalah dengan mewujudkan sistem ketelusan yang muktamad.

1 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *