Kaitkan Video Panglima ATM Dengan Isu Keselamatan : Menteri Dalam Negeri Singapura Perlu Tampil Memberi Penjelasan

Read Time:2 Minute, 17 Second
Kaitkan Video Panglima ATM Dengan Isu Keselamatan : Menteri Dalam Negeri Singapura Perlu Tampil Memberi Penjelasan

DEFENCE SECURITY ASIA
Ogos 25, 2021 17:37 PM

THEFRONTMEDIA.CO – Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura K.Shanmugam perlu tampil ke depan memberikan penjelasan motif sebenar di sebalik tindakan beliau menyertakan video Panglima 10 Bgd Para Brig Jen Khairul Azmizal Mohd Natal di dalam akaun Facebook-nya.

Ini kerana tindakan menteri kanan republik menyertakan video tersebut dalam akaun FB-nya telah menyebabkan terjadinya polemik melampau dikalangan rakyatnya sehingga boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tindakan Shanmugam (menyertakan video panglima) itu seolah-olah mengiyakan pendapat tidak berasas netizen Singapura bahawa panglima 10 Bgd itu mensasarkan Singapura, walaupun tiada sepatah perkataan di dalam video itu merujuk kepada republik terbabit.

Mungkin vaksin COVID-19 itu menyebabkan seseorang mempunyai imaginasi yang tinggi atau lebih teruk, halusinasi.

Menteri Kanan Singapura itu seolah-olah “mencurah minyak” ke api yang sedang marak, sedangkan sebagai anggota pentadbiran kanan Singapura dan senior politician PAP, beliau sepatutnya meredakan keadaan dan meminta rakyatnya tidak berfikir “bukan-bukan”. (apatah lagi panglima terbabit tidak pernah menyebut mana-mana negara secara spesifik dalam video itu)

Apatah lagi, Shamugam adalah bekas Menteri Luar Singapura di mana diplomasi dan ketenangan pemikiran sepatutnya menjadi pegangannya.

Admin pasti sebagai bekas Menteri Luar, beliau masih mempunyai “hubungan” dengan Wisma Putra untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Malaysia tentang video pegawai tentera Malaysia “yang amat merungsingkannya” itu, sekiranya beliau berfikiran video itu mempunyai tujuan jahat.

Tetapi malangnya beliau memilih untuk untuk menjadi “street politician”, lebih berminat untuk bermain dengan emosi rakyat republic itu dan seterusnya menjejaskan hubungan baik antara kedua negara dan kedua angkatan tentera.

Hasil perkongsian video panglima 10 Bgd di dalam FB Shanmugam itu, ramai netizen di Singapura nampaknya “bersemangat” , sehinggakan ada di antara mereka yang bersedia mengangkat senjata semula (kali terakhir mereka angkat senjata ketika di National Service) untuk mempertahankan republik itu.

Ada pula yang menyatakan kesediaan mereka untuk berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir (menentang imaginary foe), manakala ada netizen Singapura pula sedang bercadang untuk membuat satu video “istimewa” sempena Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini.

Banyak lagi komen-komen daripada netizen Singapura tentang Malaysia yang melampau selepas teruja dengan perkongsian menteri kanan mereka itu.

Malaysia dan Singapura adalah negara anggota Five Power Defence Arrangement (FPDA) dan berkongsi kepentingan bersama dalam pelbagai isu serantau dan antarabangsa daripada ketenteraan, keselamatan, hubungan luar dan pelbagai lain.

Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan ketenteraan yang amat baik, dengan anggota tentera kedua-dua negara daripada ketiga-tiga cabang kerapkali bertemu di medan latihan bersama.

Walaupun K.Shamugam bukan pihak Singapura yang pertama yang “took notice” video panglima 10 Bgd itu (media dan portal Singapura telah membincangkannya), tetapi apabila seorang menteri kanan yang berpengaruh turut sama berkongsi video itu maka ia telah membawa isu itu ke satu tahap yang lain.

DEFENCE SECURITY ASIA

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *