Merck dakwa ubat antiviral keluarannya mampu kurangkan risiko kematian

Read Time:42 Second
Merck dakwa ubat antiviral keluarannya mampu kurangkan risiko kematian

WACANA.MY
Oktober 2, 2021

KUALA LUMPUR — Syarikat perubatan Merck mendakwa ubat antiviral COVID-19 keluarannya yang kini dalam percubaan klinikal berjaya mengurangkan kadar hospitalisasi dan kematian akibat wabak itu.

Menurut pakar penyakit berjangkit Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt, Dr William Schaffner, ia juga dapat meningkatkan usaha merawat lebih ramai pesakit dengan pantas.

“Syarikat perubatan Merck mengumumkan mereka sudah melengkapkan kajian terhadap ubat antiviral baharu yang boleh merawat COVID-19.

“Merck sudah mengemukakan semua maklumat kepada pentadbiran makanan dan ubat-ubatan (FDA).

“Mereka perlu melakukan kajian yang lebih terperinci. Melihat kepada manfaat dan kesan sampingannya.

“Kemudian, sekiranya ia berjalan lancar, saya mendoakan, kita boleh mendapatkan kelulusan kecemasan, mungkin seawal lapan minggu akan datang,” kata Dr Schaffner.

Sekiranya diluluskan, ubat tersebut merupakan yang pertama di dunia digunakan untuk merawat COVID-19.

Ia juga merupakan langkah utama dalam usaha global untuk mengawal pandemik itu.

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *