PEJUANG JOHOR : KERAJAAN NEGERI JOHOR DI MINTA LEBIH PEKA DAN BERTANGGUNGJAWAB

Read Time:3 Minute, 53 Second
PEJUANG JOHOR : KERAJAAN NEGERI JOHOR DI MINTA LEBIH PEKA DAN BERTANGGUNGJAWAB

KENYATAAN MEDIA
Jun 27, 2021 16:26 MYT

KERAJAAN NEGERI JOHOR DI MINTA LEBIH PEKA DAN BERTANGGUNGJAWAB

Pejuang Johor melihat terdapat beberapa perkara yang di buat oleh Kerajaan Negeri Johor bagi menghadapi pandemik yang melanda Negeri Johor tidak ditangani dengan begitu baik.

1. Pendaftaran Penerimaan Vaksin Tinggi Berbanding Dengan Penerima Vaksin Dos Pertama.

Sehingga tarikh 24 Jun 2021 pendaftaran bagi penerima vaksin bagi Negeri Johor adalah 2,024,149 orang atau 74.64% dari jumlah penduduk Negeri Johor, iaitu angka kedua tertinggi selepas Selangor dari jumlah pendaftarannya. Dari jumlah itu hanya 414,440 orang atau 10.96% sahaja yang telah menerima dos pertama.

a. Pejuang Johor melihat situasi pemberian yang perlahan ini bukan kerana kelemahan KKM atau Kerajaan Negeri, tapi ianya adalah satu kelemahan dari segi penyelarasan vaksin kepada negeri-negeri oleh Kerajaan Pusat.

b. Pejuang Johor ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar dapat bekerjasama bersama-sama Kumpulan Perubatan Johor Berhad ( KPJ ) dalam pembelian vaksin daripada pengeluar seperti mana cadangan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaludin untuk pihak swasta membeli dari pengeluar secara terus.

c. Dengan kerjasama ini Kerajaan Johor akan dapat membantu mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Johor, dan pemberian itu hendaklah diberi secara percuma
memandangkan Kerajaan Pusat telah membelanjakan sebanyak RM3.5 billion bagi 32 juta rakyat Malaysia dan 32 juta rakyat itu termasuklah rakyat Johor sendiri.

d. Kerajaan Johor boleh meminta perbelanjaan pembelian vaksin itu daripada Kerajaan Pusat memandangkan perbelanjaan itu telah diluluskan, kerana Pejuang Johor yakin jumlah perbelanjaan itu masih TIDAK DIBELANJAKAN secara keseluruhannya memandangkan jumlah vaksin yang kekurangan waktu ini.

2. Keperluan Kerajaan Yang Stabil Dengan Pentadbiran Tersusun dan Sistematik

Pejuang Johor percaya bahawa hanya kerajaan yang stabil dan mempunyai pentadbiran tersusun dan sistematik dapat mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Johor, dan negeri Johor akan dapat “HERD IMMUNITY” selewat-lewatnya Januari 2022.

3. Pertolongan Kepada Orang-orang Gelandangan

Pejuang Johor juga ingin menyarankan kepada Kerajaan Johor agar peka dan memberi pertolongan kepada orang-orang gelandangan yang terjejas kerana penutupan sempadan Johor-Singapura.
Buat masa ini mereka ditempatkan di dalam khemah-khemah yang disediakan.

Adalah lebih baik jika mereka ini ditempatkan di bawah satu bumbung, agar dapat dipantau dari segi kesihatannya dan juga keperluan mereka.

Pejuang Johor mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor dapat menempatkan gelandangan-gelandangan ini di kawasan tapak letak kereta (Parkir) di JBCC atau juga LOT 1.

Terdapat seramai 270 orang gelandangan yang telah dilaporkan oleh Channel News Asia berada di bandaraya Johor Bahru duduk di dalam khemah-khemah yang sempit dan tidak teratur.
Jika mereka semua ditempatkan di lot parkir kereta yang tidak digunakan Ketika PKP ini maka perhatian yang lebih baik dapat diberikan kepada mereka.

Dengan menempatkan gelandangan ini di bawah satu bumbung , akan memudahkan pihak Kementerian Kesihatan untuk datang memberikan vaksinasi selain memantau tahap kesihatan mereka.

4. Penolakan Pembukaan Syarikat Pemberi Pinjaman Wang Ketika Waktu PKP.

Selain dari itu, Pejuang Johor juga mengutuk sekeras-kerasnya pembukaan syarikat pemberi Pinjaman Wang yang diberi kelulusan oleh KPKT untuk beroperasi ketika waktu PKP ini. Rakyat jelas meminta pemberian MORATORIUM kepada mereka, tetapi Kerajaan Pusat telah memberi ‘AH LONG’ berlesen kononnya mampu untuk menyelesaikan bebanan rakyat.

Pemberi pinjaman wang segera ini bagi JANGKA PANJANG akan memudaratkan rakyat dan sama sekali TIDAK membantu pertumbuhan ekonomi rakyat.

Pejuang Johor meminta Kerajaan Negeri Johor agar tidak membenarkan pembukaan pusat-pusat pinjaman mudah ini demi kelangsungan masa hadapan ekonomi rakyat Negeri Johor.

Pejuang Johor juga meminta kerajaan Johor memberi segala bantuan terutama dari segi kewangan kepada rakyat Negeri Johor yang terjejas secara ‘one off’. Kerajaan Negeri Johor boleh menggunakan WANG ZAKAT yang terkumpul bagi membantu rakyat Negeri Johor.

5. Statistik Kes Bunuh Diri di Negeri Johor Darul Takzim

Statistik PDRM sebelum ini mendedahkan 266 kes bunuh diri dilaporkan di negara ini,sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) sejak 18 Mac lalu, sehingga 30 Oktober 2020.

Mengikut pecahan negeri, Johor merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 47 kes dan diikuti Selangor (39) serta Kuala Lumpur (28) dan bakinya di negeri lain.

Trend membunuh diri ini juga amat merisaukan Pejuang Johor. Kebanyakkan yang membunuh diri itu adalah akibat menanggung hutang terutama hutang dari pemberi pinjaman ( AH LONG ).
Atas sebab inilah Pejuang Johor meminta Kerajaan Negeri Johor agar TIDAK MEMBENARKAN syarikat-syarikat pemberi pinjaman wang ini beroperasi ketika waktu PKP di negeri Johor.

6. Penerapan Modal Insan Dalam Kerajaan Negeri Johor

Pejuang Johor ingin menekankan di sini betapa pentingnya MODAL INSAN yang harus Kerajaan Negeri Johor terapkan ketika rakyat berada di dalam kesusahan luar jangka ini. Hanya dengan
menerapkan MODAL INSAN barulah Kerajaan Negeri Johor akan dihormati dan disanjungi oleh rakyat Johor.

Dengan ini, Pejuang Johor berharap Kerajaan Negeri Johor mengambil maklum kesemua perkara yang telah diutarakan.

Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Negeri Johor
27 Jun 2021

5 0
Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *