PEJUANG Johor Sedia Bantu Kerajaan Negeri Dalam Pelaksanaan Pemberian Vaksin Kepada Rakyat Tanpa Penglibatan Agenda Politik

Read Time:1 Minute, 38 Second
PEJUANG Johor Sedia Bantu Kerajaan Negeri Dalam Pelaksanaan Pemberian Vaksin Kepada Rakyat Tanpa Penglibatan Agenda Politik

KENYATAAN MEDIA
Julai 14, 2021 09:03 MYT

THEFRONTMEDIA.CO – PEJUANG Johor mengambil maklum akan kenaikkan kes baru Covid-19 di dalam negara dengan angka terbaru sehingga 13 Julai 2021 sebanyak 11,079 kes dan angka di negeri Johor pula sebanyak 406 kes.

Kes di negeri Johor sejak kebelakangan ini tidak menunjukkan sebarang penurunan, dan ianya hanya berlegar di angka atas 100.

PEJUANG Johor ingin mencadangkan kepada kerajaan Negeri Johor agar dapat mengadakan satu sistem vaksinasi bersepadu secara menyeluruh ke atas seluruh rakyat Johor yang berjumlah 3.76 juta ( bancian 2019 )

Terdapat 1.809 juta tenaga kerja ( bancian 2019 ) yang sepatutnya di berikan keutamaan dalam mendapatkan vaksinasi secara sistematik.

Johor mempunyai 10 daerah dengan 16 PBT , dan juga adalah negeri bagi Kumpulan Perubatan Johor ( KPJ ), pemberian vaksinasi itu hendaklah di mulai dari daerah Johor Bahru terlebih dahulu , setelah daerah Johor Bahru mencapai “HERD IMMUNITY” maka ekonomi daerah tersebut dapat di jalankan seperti sebelumnya DENGAN SYARAT , sempadan daerah Johor Bahru TIDAK DI BUKA untuk rakyat dari daerah yang belum di vaksin memasukinya sehingga daerah-daerah lain mencapai herd immunity nya.

Sempadan negeri akan terus di tutup bagi negeri-negeri yang tidak mencapai “herd immunity”.

Dengan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Johor secara sistematik sahaja akan dapat mempercepatkan pergerakan ekonomi negeri dan rakyat Johor tidak akan berada di dalam sebarang tekanan emosi dan ekonomi.

PEJUANG Johor bersedia untuk membantu kerajaan negeri Johor dalam pelaksanaan pemberian vaksin kepada rakyat Johor tanpa penglibatan agenda politik, PEJUANG Johor hanya berminat untuk membantu melancarkan pemberian vaksin kepada rakyat Johor secara besar-besaran dan cepat.

PEJUANG Johor percaya dan yakin jika kerajaan Johor memberi kepercayaan kepada PEJUANG Johor membantu kerajaan negeri, dalam tempoh 2 bulan sahaja negeri Johor akan mencapai “herd immunity”, dan yang penting selepas itu ekonomi negeri Johor akan rancak kembali serta berkemungkinan sempadan Johor – Singapura dapat di buka kembali , dan jika ini terjadi maka ekonomi negeri Johor akan kembali pulih selewat-lewatnya Disember 2021.

Sekian,

PARTI PEJUANG TANAH AIR (PEJUANG)
NEGERI JOHOR


3 0
Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *