Pemimpin PH Akan Bertemu PM Hari Ini Berhubung Cadangan Pembaharuan

Read Time:1 Minute, 2 Second
Pemimpin PH Akan Bertemu PM Hari Ini Berhubung Cadangan Pembaharuan

NICHOLAS CHUNG
September 12, 2021 18:35 PM

PETALING JAYA – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan bertemu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob lewat hari ini untuk membincangkan pembaharuan yang dicadangkannya kepada pembangkang.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, para pemimpin PH akan merujuk kembali kepada Ismail atas cadangannya, sambil menambah, Perdana Menteri telah menyerahkan draf akhir pembaharuan yang dicadangkan itu semalam.

Ini yang dibincangkan kepimpinan PH dalam mesyuarat petang semalam, sebelum mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersetuju secara dasar untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan, tetapi tertakluk kepada penambahbaikan tertentu.

“Ada beberapa perkara yang perlu dihalusi. Jadi mereka akan kembali berbincang,” kata Khalid seperti yang dilaporkan FMT.

Tambahnya, beliau tidak tahu di mana atau bila mesyuarat itu akan diadakan kerana beliau tidak terlibat dalam perbincangan dengan Perdana Menteri.

Antara tawaran pembaharuan oleh Ismail adalah mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, memperkenalkan undang-undang antilompat parti dan melibatkan anggota pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Semalam, Majlis Presiden PH berkata, ia secara dasarnya bersetuju dengan MoU itu demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.

Sementara itu, Khalid menafikan dakwaan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi bahawa PH menolak tawaran untuk menyertai MPN kerana enggan bekerja bawah pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

Tambahnya, kepimpinan PH bahkan tidak membincangkan perkara itu.

Sumber : FMT

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *