PENDAPAT | ‘Sudah sampai masanya kita bina negara ini mengikut acuan kita, rakyat Malaysia.’

Read Time:1 Minute, 24 Second
PENDAPAT | ‘Sudah sampai masanya kita bina negara ini mengikut acuan kita, rakyat Malaysia.’

WAN MUHAMMAD AZRI
Oktober 11, 2021 13:30 PM

Salam Guys, Aku tak tidor lagi ni. Kau orang buat apa?

Just saje nak kongsikan dengan Kau orang semua apa yang Aku sedang fikirkan sekarang ni. Maybe agak berat apa yang Aku fikir tapi Aku rasa benda ni penting untuk kita semua rakyat Malaysia.

Kau orang tak rasa ke negara kita ni makin berkecamuk dengan politik yang tak berkesudahan?

Aku rasa sejak 1998 sampai sekarang kita dihidangkan dengan perebutan kuasa politik yang menjadikan rakyat senjata utama pihak pihak yang bertelagah.

Malah lepas PRU 14 2018 sampai hari ini kita belum berhenti dihidangkan perebutan kuasa yang mana sudah sampai satu peringkat yang sangat kronik.

Jadi Aku terfikir kenapa tidak kita berhenti dari perebutan kuasa dan orang politik fokus kepada tugas sebenar iaitu menjaga kebajikan rakyat.

So Aku rasa YDP Agong sahaja yang boleh untuk menguatkuasakan Titah gencatan politik antara semua parti dan pemimpin yang ada.

Kuasa YDP Agong Aku fikir boleh digunakan dalam hal ini dan Aku yakin Kau orang semua pasti akan menyokongnya.

Malah Aku fikir bukan gencatan Politik sahaja yang boleh dilakukan tetapi membina semula negara ini mengikut acuan yang baru mengikut peredaran zaman.

RESET & REBORN MALAYSIA inilah yang Aku fikir perlu dilakukan kerana apa yang ada hari ini adalah hasil dari kemerdekaan dari penjajahan British dan Aku fikir sudah sampai masanya kita bina negara ini mengikut acuan kita rakyat Malaysia.

Apa kata Kau orang Guys? Apa pendapat Kau orang? Maybe boleh kongsikan juga untuk kita sama-sama lakukan perubahan demi negara Malaysia yang tercinta.

* Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi Thefrontmedia.com

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *