Penduduk Bantah Tuntutan Terhadap Pengambilan Tanah Perkuburan Islam

Read Time:1 Minute, 30 Second
Penduduk Bantah Tuntutan Terhadap Pengambilan  Tanah Perkuburan Islam

THEFRONTMEDIA NEWS TEAM
September 9, 2021 02:11 AM

SEREMBAN – Penduduk di Bandar Tasek Senangin di Lenggeng dekat sini membantah sebarang tuntutan terhadap pengambilan tanah seluas 10.5 hektar di kawasan itu yang telah diwartakan sebagai tanah perkuburan orang Islam.

Wakil penduduk, Mustaqim Mustaza, 40, berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat permohonan untuk sebahagian daripada tanah itu dijadikan pula sebagai tanah perkuburan orang bukan Islam.

“Ia atas alasan tanah perkuburan kami ini besar. Kami harap tanah yang telah diwartakan untuk tapak kubur orang Islam ini tidak diganggu gugat.

“Kami tiada apa-apa isu lain kerana faham kita hidup sebagai masyarakat berbilang kaum,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat lebih 1,000 buah rumah di kawasan perumahan berkenaan yang 95 peratusnya adalah penduduk Islam.

“Mungkin mereka boleh mendapat peruntukan tanah di tempat lain daripada kerajaan negeri jadi kami memohon kebijaksanaan kerajaan negeri dalam menangani masalah ini,” tambahnya

Jelas beliau, buat masa ini jenazah penduduk di situ akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Machang Hulu yang terletak kira-kira dua kilometer dari Bandar Tasek Senangin.

“Disebabkan kariah kami belum ada masjid, jadi soal khairat kematian kami bernaung di bawah kariah Masjid Sungai Machang Hulu dan secara tidak langsung kami menumpang di tanah perkuburan mereka.

Selain itu katanya, memorandum bantahan telah pun dihantar kepada Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar serta turut dipanjangkan kepada Menteri Besar dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussein meminta kerajaan negeri lebih sensitif dalam menangani hal berkenaan.

“Saya turut serta dalam bantahan ini bukan atas tiket parti politik tetapi sebagai orang Islam dan sebagai penduduk Lenggeng.

“Tanah ini telah diwartakan sebagai tanah perkuburan orang Islam, tapi kenapa pula nak diambil? itu yang kami persoalkan,” katanya.

– THEFRONTMEDIA.COM

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *