Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia

Read Time:33 Second
Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia

Julai 5, 2022

JAKARTA – Penyanyi legenda Indonesia, Bob Tutupoly, 82, meninggal dunia pada Selasa selepas menderita sakit sejak sekian lama.

“Ya benar,” kata anak Bob, Erick mengesahkan khabar duka itu kepada CNN Indonesia.

Isterinya, Rosmayasuti Nasution juga berkongsi tentang khabar pemergian Bob.

“Telah pulang ke rumah bapa di syurga dalam damai suami/papa/opa/oom kami tercinta Bob Tutupoly,” maklumnya kepada media Indonesia.

Turut berkongsi berita terbabit adalah rakan-rakan selebriti Indonesia.

“Bob Tutupoly, selamat berpulang. Karyamu akan terus jadi legenda,” tulis Tompi menerusi akaun Twitternya.

Bob Tutupoly merupakan penyanyi legenda Indonesia yang dilahirkan di Surabaya pada 13 November 1939 dan mula menceburkan diri dalam
bidang seni pada 1965 bersama Patie Bersaudara.

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *