PIAGAM RAKYAT — Daripada Rakyat Untuk Rakyat

Read Time:1 Minute, 29 Second
PIAGAM RAKYAT — Daripada Rakyat Untuk Rakyat

SIDANG MEDIA
Julai 16, 2021 06:00 MYT

PELANCARAN PIAGAM RAKYAT

THEFRONTMEDIA.CO – Satu gerakan prihatin rakyat yang dikenali sebagai “Piagam Rakyat” mengumumkan akan mengadakan sidang media esok, bersamaan 16hb Julai 2021, bagi memperkenalkan secara awalan Piagam Rakyat kepada masyarakat umum rakyat Malaysia.

Menurut pihak terbabit, kesemua pihak media telah dijemput untuk menyertai dan mengikuti Sidang Media Piagam Rakyat yang akan disusuli dengan sesi soal jawab melalui persidangan media maya seperti yang dijadualkan di bawah:

Tarikh : 16.7.2021 (Jumaat)

Masa : 3.00 petang

(Link : https://meet.google.com/ahp-ayjp-vst atau kod Google Meet : ahp-ayjp-vst )

Gerakan tersebut turut telah menyertakan Falsafah Piagam Rakyat untuk makluman dan pengetahuan semua, seperti berikut:

FALSAFAH PIAGAM RAKYAT

1. Kegagalan demi kegagalan oleh pentadbiran kerajaan semasa dan beberapa siri kerajaan terdahulu telah menambah defisit kepercayaan rakyat ke tahap rendah hari ini; sehingga ramai yang mulai mempertikai keberkesanan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang telah dianuti oleh negara semenjak merdeka.

2. Piagam Rakyat dicadangkan bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada institusi tadbir urus negara, dengan pendekatan baharu yang tidak bertentangan dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan. Dengan falsafah “daripada rakyat untuk rakyat”, Piagam Rakyat meletakkan kualiti kepimpinan individu jauh mengatasi politik kepartian.

3. Falsafah Piagam Rakyat ini digarap daripada kesepakatan anggota masyarakat yang pelbagai, yang boleh kekal dengan idealisme dan halatuju masing-masing tetapi boleh tetap bersama dalam gerakan mereformasikan amalan politik yang kotor dan rosak.

4. Falsafah Piagam Rakyat tidak terhad kepada menyediakan Manifesto Pilihanraya semata-mata, tetapi merupakan perjuangan berterusan bagi membudayakan sistem demokrasi yang benar-benar telus, sihat, dan progresif demi kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara.

5. Piagam Rakyat bukanlah sebuah parti politik, tetapi merupakan gabungan solidariti yang berhasrat memfasilitasi dan meletakkan calon pilihanraya untuk bertanding di atas tiket bebas tetapi dipandu oleh falsafah Piagam Rakyat.

PIAGAM RAKYAT

3 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
100 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *