POLITIK | Masih Mampukah Politik Kepartian Melahirkan Calon-Calon Pilihanraya Yang Berkualiti?

Read Time:1 Minute, 36 Second
POLITIK | Masih Mampukah Politik Kepartian Melahirkan Calon-Calon Pilihanraya Yang Berkualiti?

MOHD HANIZAM YUNUS @ B.O
Oktober 25, 2021 13:11 PM

THEFRONTMEDIA.CO – Sukar untuk parti politik melahirkan calon-calon pilihanraya yang berkualiti terutama dari kalangan Profesional.

Sebab parti politik secara tradisinya hanya akan memilih dan mengutamakan mereka yang berjawatan sahaja dalam parti sebagai calon pilihanraya.

Semakin tinggi jawatan seseorang di dalam sesebuah parti maka semakin cerahlah harapan mereka untuk menjadi calon pilihanraya.

Kenapa Profesional terpinggir atau meminggirkan diri dari parti politik?.

1. Profesional kebanyakannya adalah mereka yang bekerjaya.

2. Dan apabila bekerjaya sudah pastilah mereka tidak mempunyai masa untuk berpolitik ’24 jam’ kecuali ketika ada masa lapang terutama di hujung minggu. Oleh itu sukar untuk mereka membina ‘support based’ mereka di kalangan ahli di dalam parti.

3. Profesional kebanyakannya dari golongan M40. Iaitu kelas pertengahan. Berpendapatan tinggi tetapi hanya setakat cukup untuk membiayai kehidupan kelas pertengahan mereka.

4. Jadi mereka tidak punya kewangan yang mencukupi untuk membiayai aktiviti dalaman parti secara individu apatah lagi untuk ‘membeli’ jiwa dan undi ahli ketika pemilihan parti.

5. Profesional walaupun tinggi taraf pendidikan mereka dan pakar dalam bidang tertentu tetapi mereka mempunyai kekurangan yang amat di perlukan untuk naik di dalam hirarki parti. Mereka tidak pandai BERJANJI KOSONG i.e menjanjikan jawatan dan habuan kepada penyokong jika terpilih.

6. Dan profesional yang bernasib baik yang kita nampak di dalam arena politik hari ini kebanyakannya lahir melalui jaringan (networking) mereka dengan pemimpin-pemimpin tertinggi parti tertentu. Itu pun setelah di ‘handpicked’ dan di letakkan di bahagian atau pun kepimpinan pusat, mereka akan berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk mempertahankan jawatan mereka ketika pemilihan parti kerana faktor (1) – (5) di atas.

Dan pengundi di negara ini akan terus dinafikan calon-calon pilihanraya yang berkualiti selagi parti politik kekal dengan peranan tradisi mereka melahirkan bakal calon HANYA dari kalangan ahli dan hirarki parti masing-masing.

* Mohd Hanizam Yunus ialah salah seorang pengasas bersama & aktivis Piagam Rakyat

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi TheFrontmedia.com

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
100 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *