Politik Melaka : ‘Jika berlaku di Selangor, saya akan terus lapor ke SPRM’ — ADUN Kuang

Read Time:2 Minute, 46 Second
Politik Melaka : ‘Jika berlaku di Selangor, saya akan terus lapor ke SPRM’ — ADUN Kuang

THEFRONTMEDIA NEWS TEAM
Oktober 10, 2021

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Sallehudin Amiruddin tidak menolak bahawa keruntuhan kerajaan negeri Melaka berlaku adalah disebabkan perilaku Politikus yang tidak berpaksikan prinsip, tetapi berpaksikan kepentingan jangka pendek diri dan puak.

Hal ini memang sesuatu yang perlu dipandang serius. Politik dan kuasa untuk kepentingan diri akan membawa mudarat kepada kepentingan awam.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pada Isnin, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman sebagai Ketua Menteri ke-12.

Mereka telah menarik sokongan kepada kerajaan negeri kerana pemimpinnya didakwa memonopoli projek ekonomi dan menipu royalti pasir di Melaka.

Mengulas mengenai perkara itu, Sallehudin berkata krisis yang timbul itu dianggap pergelutan dalam keluarga, tindakan yang diambil oleh empat Adun Melaka terutama daripada Umno seharusnya boleh dibincangkan bersama kerana berkaitan masalah dalaman.

“Langkah yang pertama sekali, mereka (Adun) sepatutnya mengemukakan bantahan atau dakwaan mereka berserta bukti-bukti yang ada, yang diperoleh dari sumber yang sahih berhubung pemimpinnya (yang didakwa memonopoli projek ekonomi dan menipu royalti pasir di Melaka) itu kepada puncuk pimpinan parti iaitu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi atau Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi Umno,

“Tapi untuk memastikan dakwaan itu mendapat perhatian dan (boleh) diambil tindakan dari segi undang-undang dan sebagainya, ia harus dirujuk kepada badan-badan yang berkuasa contohnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Maka aduan akan dibuat disitu, yang sepatutnya dimaklumkan lebih awal.”

Ketika ditanya apakah tindakan dan langkah penyelesaian jika kemelut yang sama berlaku kepadanya di negeri Selangor, beliau berkata :

“Bagi saya kalau diandaikan berlaku di Selangor, misalannya, dan terdapat bukti bahawa pemimpin negeri (Menteri Besar) telah menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang Menteri Besar untuk kepentingan peribadinya…. kepentingan rakyat Itu pula bagaimana? Kalau tindakan dia selaku Menteri Besar mengutamakan kepentingan peribadinya, bermakna tidak ada kepentingan rakyat,

“(Maka) jelas dilihat kepentingan rakyat itu telah diceroboh dengan dengan begitu rakus oleh pemimpin yang berkuasa. Jadi apa yang perlu dibuat ialah membawa isu ini kepada pimpinan Parti, Untuk memastikan bahawa Menteri besar (dari Parti yang sama) melalui proses tindakan disiplin Dan sebagainya, maka aduan (undang-undang) Itu penting bagi parti.

“Itu berbalik kepada jawapan sekiranya saya berparti. Jika berdasarkan kepada kedudukan saya sekarang (sebagai Adun Bebas), saya akan terus (lapor) ke SPRM.”

Beliau berkata demikian di dalam forum “Jatuhnya Kerajaan Negeri Melaka: Di manakah maruah pemimpin parti politik” yang dianjurkan oleh Piagam Rakyat.

Terdahulu, ADUN Kuang, Sallehudin Amiruddin mengumumkan keluar parti Bersatu, sekali gus melepaskan semua jawatan dalam parti dan menjadi wakil rakyat Bebas pada 15 Ogos tahun lalu.

Beliau bertindak meninggalkan Bersatu setelah hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) yang diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ia disusuli dengan pemecatan Dr Mahathir dan lima ahli Parlimen Bersatu yang dilakukan tidak mengikut prosedur sewajarnya.

Lebih mengecewakan apabila Muhyiddin bersama UMNO dan Pas menubuhkan Perikatan Nasional (PN) untuk menjadi Perdana Menteri, katanya.

Selain itu katanya, beliau menganggap perjalanan pembentukan kerajaan oleh PN dilakukan atas tujuan peribadi tanpa melihat prinsip dan kepentingan rakyat.

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *