RENCANA | Fakta Tidak Berpihak Kepada PMO

Read Time:2 Minute, 41 Second
RENCANA | Fakta Tidak Berpihak Kepada PMO

SHAMSUDDIN NAWAWI
Julai 30, 2021 09:09 AM

THEFRONTMEDIA.CO – Isu yang sedang hangat dibahaskan di dalam dan luar Parlimen ialah:

1. Samada pembatalan Ordinan Darurat telah mendapat perkenan Agong atau belum.

2. Kalau sudah dapat kenapa tidak dimaklumkan.

3. Kalau belum kenapa pembatalan itu diumumkan.

Fakta yang dipersetujui (agreed facts) ialah pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat ialah kuasa Agong. (Ini melalui keputusan kes Teh Cheng Poh @ Chei Mei (mata chemei atau mata sebelah) yang telah diputuskan oleh Privy Council di England dan telah diterima pakai oleh mahkamah tertinggi di Malaysia)

Mekanisme atau proses pembatalan itu boleh dipersetujui sebagai mesti dimulakan di kabinet.

1. Kabinet membuat keputusan utk membatalkan Proklamasi & semua Ordinan Darurat yg telah digubal semasa Darurat itu.

2. Pejabat Peguam Negara menyediakan segala dokumen & instruments untuk disembah maklum kpd Agong bagi tujuan mendapat perkenan.

3. Setelah diperkenan, dibuat permakluman dan digazetkan supaya tarikh kuat kuasa pembatalan itu diketahui umum.

Pertikaian yang timbul adalah kerana :

1. Persidangan Khas Parlimen dijalankan tanpa dimaklumkan tentang proses pembatalan itu telah dimulakan di Mesyuarat Kabinet pada 21 Julai 2021.

2. Menteri Undang Undang umumkan pembatalan itu seolah-olah ianya telah dimuktamadkan dengan mendapat perkenan Agong.

3. Diumumkan juga bahawa pembatalan itu berkuatkuasa secara backdated iaitu pada 21 Julai 2021.

4. Dan dimaklumkan juga bahawa Proklamasi Darurat tidak dibatalkan. Yang dibatalkan hanya Ordinan Darurat.

Persoalan yang timbul dan menjadi polemik adalah :

1. Kenapa Ahli-Ahli Parlimen tidak dimaklumkan tentang keputusan yang telah diambil oleh Kerajaan (kabinet)? Kalau dimaklumkan sekali dengan perbuatan “laid the Ordinances” dengan meletakkan diatas meja setiap Ahli Parlimen, kecohan tidak akan berlaku.

2. Kenapa pengumuman oleh Menteri Undang Undang itu hanya setelah ada Usul yang dibawa oleh beberapa Ahli Parlimen untuk membahaskan keabsahan Ordinan-Ordinan itu?

3. Pengumuman itu telah dianggap sebagai satu jalan keluar dan alasan supaya Speaker tidak lagi membenarkan perbahasan tentang usul yang sudah ada di tangan Speaker tetapi belum lagi dibuat keputusan untuk dibenarkan atau ditolak.

4. Tidak cukup dengan pengumuman pembatalan, diumumkan juga tentang tarikh kuatkuasa backdated.

a) Adakah ini bererti Ahli Parlimen tidak tahu tentang proses undang-undang pentadbiran atau perlembagaan?

b) Adakah ini perbuatan oleh Menteri mendahului Agong dalam proses mematuhi peruntukan Perlembagaan?

Titah yang dikeluarkan oleh Istana Negara dengan jelas menyatakan Agong belum lagi memperkenankan pembatalan itu.

Ini secara nyatanya memang belum ada perkenan Agong melalui kronologi yang diberikan oleh PMO sendiri.

Fakta yang perlu diadili kesahihannya ialah “Samada perkenan Agong itu telah diperolehi semasa Menteri Undang-Undang membuat pengumuman di Parlimen?”

Jawapannya sudah pasti TIDAK.

Agong sudah pasti perlukan penjelasan lebih lanjut mengapa perlu backdate pembatalan itu. Backdate itu sudah pasti akan menimbulkan komplikasi undang undang yang lain terutamanya tentang tindakan penguatkuasaan saman dan kompaun; penggunaan wang KWAN dan lain lain.

Tidak salah bagi PMO membuat penjelasan kepada Titah Agong, tapi penjelasan telah menyerlahkan bahawa fakta tidak menyebelahi Kerajaan.

Menggunakan fakta yang tidak berpihak kepada diri kita untuk menentang arus adalah sia-sia. Takut pula ianya jadi satu “Activity detrimental to parliamentary democracy” yang merupakan satu kesalahan jenayah dibawah Penal Code Section 124B [ins. Act A1430]


DATO’ SHAMSUDDIN NAWAWI ialah seorang pengamal undang-undang dan merupakan bekas Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Pahang.

Tulisan ini asalnya disiarkan di media sosial dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Thefrontmedia.com

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *