RESET & REBUILD | MAGERAN Adalah Kaedah Terbaik Dan Paling Cepat Untuk Kita Menulis Semula Negara Kita Yang Semakin Tenat

Read Time:2 Minute, 38 Second
RESET & REBUILD | MAGERAN Adalah Kaedah Terbaik Dan Paling Cepat Untuk Kita Menulis Semula Negara Kita Yang Semakin Tenat

M FADZIL HASHIM
Julai 22, 2021 21:33 PM

RESET & REBUILD | Disaat saya menulis ini, di media sosial masih lagi sibuk berbicang isu ketelusan bantuan di GAZA oleh pelbagai NGO.

Saya mengharap sangat agar kita semua fokus kepada isu besar yang melanda rakyat Negara tercinta ini.

Pimpinan Negara dilihat tidak acuh dengan penderitaan rakyat yang semakin parah hari demi hari. Walaupun pelan Vaksinasi Negara berupaya dipercepatkan tetapi ianya masih belum memberikan jaminan keselamatan kepada seluruh warga Negara kita.

Anak-anak kecil masih kekal berisiko tinggi jika benarlah Varian-Varian ini bahaya walaupun Ibu Ayah mereka telah menerima Vaksinasi penuh.

Perkara yang lebih parah dan sangat berbahaya adalah keadaan Iman yang semakin lemah di kalangan Ummat Islam apabila Masjid masih lagi ditutup serapat-rapatnya menutup ruang memohon Bantuan Allah Rabbul Alamin.

Ibadah Korban disekat di kebanyakkan tempat. Solat Berjamaah telah lama diharamkan!

Perkara yang kedua parah adalah keadaan Ekonomi rakyat yang semakin punah! 65% tenaga kerja Negara di sediakan oleh SME yang majoritinya sudah tutup atau yang tinggal pun sekadar nyawa-nyawa ikan.

Kerajaan sedia ada seolah-olah menutup mata dan telinga dan dilihat hanya berusaha untuk kekal berkuasa selama mungkin walaupun rakyat akan lebih ramai sengsara.

Campurtangan YDPA pun tidak di endahkan sangat. Pimpinan Politik yang tidak berkuasa pula dilihat tidak bersungguh menyatukan usaha menyelamatkan Negara ini.

Maafkan saya, Ya saya bukanlah sesiapa pun. Tapi saya yakin ramai rakyat yang bersetuju dengan pandangan dan tulisan saya ini.

Kegagalan Negara kita hari ini adalah kesan Rasuah dan Salah Guna Kuasa yang berlaku puluhan tahun.

Tetapi yang paling utama adalah apabila Pimpinan Negara menolak kehidupan berpandukan Al Quran dan Sunnah Baginda yang sangat menekankan kecintaan Saudara sesama kita.

Sistem yang kita warisi dari penjajah wajib ditukar dengan sistem baru yang berlandaskan Islam yang sebenar.

Pimpinan Ulama kita yang menjadi sumber kekuatan Kerajaan Islam Nusantara dahulu harus dikembalikan peranan mereka sebagai penasihat dan pembimbing pimpinan Negara.

Saya Coach Fadzil mencadangkan dan merayu Perdana Menteri Abah Muhyiddin dan semua pimpinan Politik Utama Negara dari pelbagai parti mengetepikan perbalahan dan perbezaan pendapat dan duduk semeja untuk kita membina semula asas Negara kita yang dirosakkan oleh tangan kita sendiri.

Sesungguhnya kami rakyat marhain hanya boleh bersuara dan menyatakan kesedian kami untuk menyumbang idea yang terbaik untuk Negara tercinta kembali menjadi Negara yang di redhai Allah yang pastinya akan memberikan kejayaan di dunia.

Pemimpin lama haruslah menjadi Statesman dan sedia berkorban demi Negara tercinta. Pelan pengampunan yang bertujuan menyatukan semua pihak dan reset semula Negara harus dibincangkan seperti mana di lakukan oleh Filipina dan Indonesia.

MAGERAN adalah kaedah terbaik dan paling cepat untuk kita menulis semula Negara kita yang semakin tenat.

Wahai ABAH Muhyidin, jadilah PM yang akan dikenang sebagai Bapa Pembinaan Semula Negara ini!

Saya dan rakyat sedia untuk menyumbang apa yang ada demi Negara yang tercinta dalam usaha Rahmat Allah.

Kejayaan kita Hanya apabila kita berupaya melaksanakan Amal Agama yang Sempurna, Taat ALLAH dan ikut cara Rasulullah SAW!

Yang mencintai ANDA!
Coach Fadzil
#KhadhamUmmah #CoachFadzil #mageran


MOHD FADZIL HASHIM atau Coach Fadzil adalah Peneraju Brainy Bunch & Malakat Ekosistem bernilai RM500 juta.

Tulisan ini asalnya disiarkan di media sosial dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Thefrontmedia.com

 

 

 

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *