Sempena Ulang Tahun Ke-96 : Dr Mahathir doakan Malaysia dimajukan semua pihak

Read Time:44 Second
Sempena Ulang Tahun Ke-96 : Dr Mahathir doakan Malaysia dimajukan semua pihak

BERNAMA
Julai 10, 2021 23:31 MYT

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyambut ulang tahun ke-96 kelahirannya hari ini mendoakan agar Malaysia dimajukan oleh semua pihak sehingga mencapai matlamat untuk menjadi negara maju.

Bekas perdana menteri itu juga bersyukur kerana diberi masa dan peluang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

“Saya pohon maaf jika ada yang saya lakukan menyinggung mana-mana pihak,” kata Dr Mahathir dalam catatan Facebooknya yang turut disertakan dengan sebuah video berdurasi lebih seminit memaparkan beberapa peristiwa ketika beliau mentadbir negara.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir ke-96 hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepadanya.

Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri keempat dan ketujuh dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

– BERNAMA

0 0
Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *