Siapa Yang Ada Majoriti Ni? — Hanya YDP Agong sahaja yang tahu

Read Time:1 Minute, 34 Second
Siapa Yang Ada Majoriti Ni? — Hanya YDP Agong sahaja yang tahu

WAN MUHAMMAD AZRI
Ogos 5, 2021

THEFRONTMEDIA.CO – Sana sini cerita majoriti parlimen. Entah cukup ke tidak kerajaan hari ni? Tan Sri Mahiaddin Yassin (TSMY) dah hilang majoriti ke? Kalau ikut dakwaan Pakatan Harapan maka TSMY dah hilang sokongan majoriti MP termasuk hilang sokongan beberapa MP UMNO.

Saya tak tahu sama ada TSMY dah hilang sokongan atau tidak dari jumlah ahli parlimen yang ada kerana yang tahu hanyalah YDP Agong sahaja. Baginda Tuanku sahaja yang tahu sama ada kerajaan hari ini cukup majoriti atau TSMY hilang majoriti.

Kes Perak 2009 perlu dijadikan rujukan yang mana Pakatan Rakyat hilang sokongan majoriti Adun setelah 31 Adun mengadap Tuanku Sultan Azlan Shah menyatakan sokongan kepada BN dan menyebabkan PR tumbang.

Jadi kita semua tidak tahu apakah kerajaan PN atau TSMY hari ini sudah hilang sokongan majoriti ahli parlimen atau tidak. Hanya YDP Agong sahaja yang tahu.


Kes Peja hilang sokongan majoriti Adun Perak pada Disember 2020 juga satu rujukan yang baik yang mana sesi parlimen September nanti akan diperlihatkan sama ada TSMY hilang sokongan ahli parlimen atau tidak.

So kita tunggu sahajalah titah YDP Agong, jika tidak ada maka kita tunggu sesi parlimen September nanti. Nak pung pang pung pang pun bukannya kita tahu siapa MP yang sokong dengan tak sokong ni.

Lagipun sehingga saat ini belum ada mana mana pihak tampil dakwa mempunyai majoriti yang cukup untuk bentuk kerajaan mahupun raih sokongan diangkat sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Anwar Ibrahim yang berbulan dakwa dia ada cukup majoriti pun sampai hari ni tak berani tampil akui dia telah mendapat sokongan majoriti untuk jadi Perdana Menteri. Kalau benar dia ada numbers dah lama dia buktikan bukan sahaja kepada YDP Agong malah kepada kita semua.


WAN MUHAMMAD AZRI atau lebih dikenali sebagai Papagomo merupakan Presiden NGO Malaysia Bumiputera Brotherhood, sebuah Pertubuhan yang menjunjung semangat Nasionalisma Bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Thefrontmedia.com.

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *