Sidang Parlimen Pertama Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Bermula Esok

Read Time:1 Minute, 30 Second
Sidang Parlimen Pertama Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Bermula Esok

THEFRONTMEDIA
September 12, 2021 14:22 PM

Esok bakal berlangsungnya pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat pada hari pertama, serta menyampaikan Titah Diraja.

Sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih dan Pembahasan Titah Diraja pula akan bermula pada hari kedua berlangsung hingga 21 September, sebelum kemudian diteruskan dengan jawapan menteri-menteri pada tarikh 22 dan 23 September.

Sidang kali ini juga akan menyaksikan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) pada 27 September, disusuli sesi pembahasan yang bermula 28 September hingga 4 Oktober.

Mesyuarat pertama bagi tahun ini juga dijadual berakhir pada minggu kelima dengan urusan majlis berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) dan urusan lain kerajaan pada 11 dan 12 Oktober depan.

Mesyuarat 17 hari itu juga bakal menyaksikan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan juga bakal ditentukan.

Dua nama disebut-sebut bakal dicalonkan iaitu Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, calon blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming. calon Pakatan Harapan (PH).

Jika dua nama itu dicalonkan, persidangan dewan pada 14 September, sehari selepas perasmian, akan menyaksikan pengundian dalam kalangan 220 Ahli Parlimen bagi memilih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengesahkan, proses pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Selasa.

“Sekiranya ada lebih dari satu nama, undi belah bahagian akan dijalankan bagi memilih Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Setakat ini kita ada terima nama kerana mereka perlu mengemukakan nama calon 14 hari sebelum tarikh pengundian diadakan,” lapor Bernama.

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *