Sindiket Daging Kartel : “Laporan polis telah dibuat pada tahun 1998, 1999 & 2000. Saya tidak pernah dipanggil untuk siasatan..” – Aktivis

Read Time:2 Minute, 28 Second
Sindiket Daging Kartel : “Laporan polis telah dibuat pada tahun 1998, 1999 & 2000. Saya tidak pernah dipanggil untuk siasatan..” – Aktivis

MOHAMAD RIADZ HASHIM
Disember 28, 2020 02:05 MYT

THEFRONTMEDIA.CO – Saya dan NGO saya dulu telah kesan isu sijil Halal Jakim dan sijil halal seumpamanya sejak 1998 lagi.

Sejak saya pulang dari Amerika pada tahun sebelumnya, ada banyak brand yang saya kenal. Brand yang biasa dijual di Walmart dan IGA Supermart di Amerika.

Alangkah terkejutnya saya bila brand yang sama di Amerika hanya sekadar tukar kulit atau ditampal saja pelekat Jakim pada kotak atau plastik luaran.

Yang timbul isu adalah beef pepperoni. Pada waktu itu memang sukar untuk mencari beef pepperoni yang “halal” buatan Amerika. Bukan saja sukar dicari di Malaysia, malah di seantero dunia.

Laporan polis telah dibuat pada tahun 1998, 1999 & 2000. Saya tidak pernah dipanggil untuk siasatan dan tidak pernah kenal akan adanya apa-apa tindakan.

Sepuluh tahun kemudian, perkara yang sama. Kali ini barang-barang dan bahan makanan import dari Thailand pula. Ketika itu saya sudah dipenghujung projek saya di Thailand.

Sewaktu berkhidmat selama 6 tahun di Thailand, saya sering ke Carrefour, Big C, Tesco Lotus untuk mencari barang dan bahan makanan. Jadi, kenal lah banyak produk tempatan Thailand. Malah, pernah terlibat dengan proses penghasilan 16 produk tempatan.

Apabila mula kerap berada di tanahair pada tahun 2008, sekali lagi saya terjumpa produk-produk Thailand yang sudah ada cop halal sedangkan produk yang sama, isi kandungan yang sama di Thailand, tiada cop halal mahupun sijil, “The Central Islamic Committee of Thailand”.

Pernah saya menulis surat kepada banyak pihak akan isu ini pada tahun 2008, 2009 & 2010. Pada tahun tersebut, saya mulai kenal pejuang-pejuang pengguna Islam.

Saya juga pernah berdepan dengan Kedai Baskin Robbins dan 2 lagi jenama terkenal dunia yang beroperasi di #Malaysia. Terpampang didepan setiap cawangannya Sijil Halal Jakim. Salah satu daripadanya siap ada Sijil Jakim beserta bayaran RM36 ribu ditulis dengan jelas.

Saya tanya kenapa mahal sangat kena bayar RM36 ribu? Kenapa pula kena bayar? Pernah saya dijawab, itu adalah komisen Consultant atau membayar “paper pusher”. Tapi, ianya dicetak atas sijil. Maaf saya daif dalam proses mendapatkan Sijil Halal pada ketika itu.

Namun, terbenak didalam hati, Sekiranya Jakim menerima bayaran untuk mendapatkan Sijil Halal, bukankah ia menjadi penambah birokrasi yang hanya akan mengundang “duit kopi”?

Jadi, apa jadi pula pada peniaga-peniaga kaki lima untuk mereka mendapatkan Sijil Halal? Setakat ini, jarang menjadi kelaziman peniaga & penjaja untuk mendapatkan Sijil Halal. “Double standard” atau sememangnya Jakim sendiri terpelesuk dengan sistem kapitalisma dan sekularisma yang sudah lama bertapak di #negaraku?

Duit tak bersalah. Kopi tak bersalah. Yang salah, sistem dan para penghuni sistem. Kita nak redha kan kegilaan semua ini berterusan? Semua kita ni sama-sama bersubahat sebenarnya.

Semoga Allah maafkan kekhilafan kita semua, kebutaan kita semua dan kebisuan kita semua sebelum ini. Kita mulakan yang baik mulai hari ini, insyaAllah.


MOHAMAD RIADZ TAN SRI MOHAMAD HASHIM merupakan aktivis asal Kuala Lumpur dan bekas Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Wilayah Persekutuan. Beliau pernah menjadi pengasas dan pemikir dalam sebuah organisasi penggerakan perubahan di Indonesia dan sukarelawan di Palestin

126 4
Happy
Happy
13 %
Sad
Sad
16 %
Excited
Excited
3 %
Sleppy
Sleppy
1 %
Angry
Angry
55 %
Surprise
Surprise
12 %

Average Rating

5 Star
83%
4 Star
17%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

15 thoughts on “Sindiket Daging Kartel : “Laporan polis telah dibuat pada tahun 1998, 1999 & 2000. Saya tidak pernah dipanggil untuk siasatan..” – Aktivis

  1. Perlu siasat dengan cepat dan mengambil tindajan kepada yg terlibat.Klu boleh satu team daripada berbagai peha yg pakar dalam bidang berkenaan perkara ini ditubuh untuk mengiasat perkara ni

  2. Saya yakin semua ini berlaku lantaran rasuah yang telah berleluasa.
    Wajib di banteras habis habisan seperti membanteras anti dadah dan perdagangan manusia.
    Semoga Allah selamatkan Malaysia!

  3. Pencerahan yg amat baik. Saya harap pihak berwajib dpt siasat dan kenalpasti dimana kelemahan proses tindakan susulan selepas lapuran telah dibuat oleh MOHAMAD RIADZ HASHIM, seawal tahun 1998.

  4. JAKIM perlu di rombak sebelum hilang kepercayaan umat Islam Malaysia dan sijilnya tak laku. Sistem yg tak telus dan tak efektif.

  5. Saya rasa perlu ada kerjasama serantau antara negara kita dan negara2 di Asia kerana ini akan memberi manfaat pada pengguna dan juga peniaga dalam penghasilan barangan halal yg lebih telus dan terbuka yg melibatkan semua jabatan2 yang terlibat dalam penghasilan, pengagihan, import dan eksport serta pensijilan halal. Perlu ada sebuah Badan Persijilan Halal DiRaja yg berkecuali dlm menangani masalah ini.

  6. Very good insights Bro Riadz. Thankyou for sharing.

    Now, I wonder why was there no action taken on your police reports? Atleast it seemed that way to me.
    Secondly, what is really going on in JAKIM? Or shall I say who are riding on JAKIM?
    36K! Itu baru satu. Disgusting

  7. Akibat dari artikel ini orang awam jadi was was untuk consume daging baik beef ataupun lamb. Keputusan siasatan rasmi pula mengambil masa yg lama dan belum tentu akan ada keputusan yg jelas untuk melindungi kepentingan awam dan untuk kita move on.. boleh ke tak boleh ke kita nak consume frozen meat ni.
    So cam we put our foot down and tell the public what to do in this interim

  8. Semua nie Punca dr Masalah iman dan Prngambilan Rasuah…Tak Perlu Salah kan Cina ke…siapa ke….tp Org2 Islam Hati Musibat..yg jd punca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *