Suami Ahli Politik Ditahan Polis Cederakan Anak Tiri

Read Time:1 Minute, 18 Second
Suami Ahli Politik Ditahan Polis Cederakan Anak Tiri

Oktober 3, 2021

THEFRONTMEDIA.CO – Polis menahan seorang lelaki yang juga suami kepada seorang ahli politik di negeri ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencederakan anak tirinya, baru-baru ini.

Lelaki berusia 29 tahun yang juga suami kepada ahli politik bergelar Datuk itu ditahan di kediamannya di Merlimau, di sini, pada 25 September lalu selepas mendatangkan kecederaan di bahagian kepala anak tiri perempuannya yang berusia 44 tahun.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, berkata mangsa yang juga anak ketiga kepada isteri suspek, bersama seorang ibu saudara dan sepupunya pada mulanya menziarahi wanita berkenaan kira-kira jam 8.15 malam sebelum membincangkan mengenai harta pusaka keluarganya.

Beliau berkata, ketika berbincang, suspek tiba-tiba masuk campur dengan menuduh mangsa memfitnahnya.

“Pengadu (mangsa) memberitahu suspek jangan masuk campur kerana ini urusan keluarga mereka, namun suspek mula bercakap tidak berhenti, menyebabkan pengadu memberikan isyarat supaya dia diam.

“Susulan itu, berlaku tolak-menolak dan suspek memukul kepala pengadu dengan satu buku tebal yang ada di tangannya, manakala pengadu cuba menepis lalu menolak tangannya sebelum suspek menumbuk kepala pengadu beberapa kali,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Ibu mangsa kemudian membawa suaminya keluar rumah, namun mangsa sempat membaling selipar ke arah suspek, tetapi dibalas dengan pukulan di kepala mangsa menggunakan satu objek dipercayai kunci.

Kejadian itu turut disaksikan ibu saudara dan sepupunya itu, sebelum membawa mangsa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka

Mispani berkata, suspek ditahan pada malam itu juga sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber : Berita Harian

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *