Tawar ‘Rasuah’ Secara Terang-Terangan — Muhyiddin Mudah Lupa

Read Time:2 Minute, 3 Second
Tawar ‘Rasuah’ Secara Terang-Terangan — Muhyiddin Mudah Lupa

ADAM MURKHRIZ MOHD MUHAYED
Ogos 14, 2021 19:44 PM

THEFRONTMEDIA.CO – Scheme of Things berskala mega. Hari ini kita saksikan offer o’rasuah’ secara terang-terangan.

Muhyiddin mudah lupa.

Ketika Tun Dr Mahathir bagi warning, jangan keluar Pakatan Harapan kerana sekarang kita dalam krisis, tapi korang keluar jugak. Sekarang korang guna alasan sama untuk orang tak mengkhianati korang. Jangan lupa, korang naik sebab mengkhianati orang, jatuh juga sama.

Muhyiddin pelupa.

Kerajaan bi-partisan ni adalah nama lain bagi kerajaan perpaduan. Tun Dr Mahathir dah offer tapi korang degil. Akhirnya ko nak tiru jugak idea orang tua tu. Meluat!

Muhyiddin lupa lagi.

Dia kata tadi, dia tak nak bagi muka kepada golongan kleptokrat. Masa nak tubuh kerajaan, korang berharap dekat golongan kleptokrat ni. Dah bagi warning pun siap kata takpe prinsip letak tepi. Eh sekarang tetiba kata tak nak bagi muka. Hey sebab korang lah, dorang ni naik kepala. Dah penat-penat undi korang bagi muka. Beza nya korang tak bagi jawatan je.

Muhyiddin Melayu Mudah Lupa.

Perkara pertama masa bukak Parlimen Mac tahun lepas ialah batalkan hasrat usul kerajaan Pakatan Harapan untuk undi 18, had Perdana Menteri kepada dua penggal & Ketua Pembangkang dapat taraf Menteri, kemudahan dan sebagainya. Korang lupa? Korang batalkan semua tu. Yelah dah rasa besar sangat. Eh sekarang bila nak mampos, nak offer benda tu pulak!

Lagi sekali Muhyiddin lupa?

Masa pembentangan bajet lepas, pihak pembangkang dah merayu sebab pandemik, mintak bagi peruntukan yang setara untuk semua ahli Parlimen. Tapi korang buat pekak. Rasa besar diri. Korang bagi sikit je kat kawasan parlimen pembangkang. Eh, sekarang tetiba nak offer bagi peruntukan setara pulak.

Jap. Nak offer akta anti lompat parti? Amboi. Korang lupa ke tubuh kerajaan sebab lompat parti. Siap ugut ahli Parlimen supaya lompat parti sokong korang? Mana muka korang weh!!

Malu lah sikit. Bila tak ada majoriti. RESIGN. Itu basic. Apa nak jadi selepas tu kemudian. Muhyiddin jugak tak ada kuasa nak tentukan siapa ada majoriti ke tak sampai terus claim takde orang lain ada majoriti. Bila Tun M resign dulu, tak ada siapa tahu siapa yang ada sokongan. Agong dah panggil kan.

Sekarang bila nak mampos, offer rasuah macam ni. Malu lah sikit!!!

Jangan lah heret negara sampai macam ni. Kamu bersumpah atas nama perlembagaan negara. Tak ada majoriti – resign dulu. Nak deal ke nak buat kerajaan perpaduan ke, kerajaan interim ke, RESIGN dulu. Itu ikut perlembagaan. Jangan rosakkan negara lagi. Malu sikit!

** Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi thefrontmedia.com

0 0
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *